Saturday, October 24, 2009

Rakyat terkontang kanting dipermain dan diperbodohkan oleh Najib serta Rosmah

BAYARAN KHAS RM 500.00 kepada pejawat awam siswazah gred DG ke, U ke, M ke, N ke semua sama manakala BANTUAN KHAS RM 500.00 kepada pejawat awam diploma kebawah erti kata kumpulan sokongan.

Apa beza BAYARAN KHAS dengan BANTUAN KHAS?

Sebelum ini, pejawat awam siswazah yang tandatangan belum kering bising kerana pembahagian BANTUAN KHAS tidak adil hanya untuk golongan sokongan sahaja.

Ye lah, dibandingkan pejawat awam lepasan ijazah yang baru kerja dengan golongan pejawat awam kumpulan sokongan yang mewah berada di tangga gred 32, 34, 38, mana mau nya. Kumpulan sokongan papa gred 29 kebawah kump. siswazah baru bekerja tak usah bising la, memang patut lah dengan bantuan yang dipersembahkan oleh UMNO/BN tu. Kecuali lah MA atau jururawat kerna mereka boleh hidup dengan OT seperti apa yang dirasai oleh golongan private.

Dengar kata bahawa, staf petronas mendapat habuan bonus sebanyak 2 bulan gaji. Walaupun hanya 2 bulan bonus tetapi adalah tidak adil bagi tenaga buruh yang lain kerana minyak adalah khazanah negara, khazanah negara itu bukan hanya untuk dinikmati kakitangan petronas sahaja,bukan untuk dinikmati Najib mahu pun Rosmah serta konco-konco sakai mereka! ia adalah hak untuk semua, hak untuk rakyat Malaysia

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template