Thursday, October 15, 2009

Mahu hapuskan politik wang, tapi tetap calonkan perasuah

Mampu hapus politik wang - Najib

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak percaya pindaan perlembagaan yang akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO boleh menghapuskan politik wang.

Presiden UMNO berkata, ini kerana perwakilan yang akan menentukan pucuk pimpinan parti nanti adalah dalam jumlah yang besar meliputi 146,500 orang berbanding 2,500 perwakilan sedia ada.-utusan


Mana mungkin Najib mampu untuk menghapuskan tingkah laku rasuah dalam partinya jika beliau sendiri masih mengamalkan rasuah. Mcm2 mekanisme baru meniti dibibir pemimpin UMNO ni dari pak lah hingga ke pentadbiran Najib untuk menghapuskan rasuah, tetapi mereka dan konco2 yang taat setia tetap ingkar ibarat perokok tegar.

Mcm mana Najib hendak hapuskan politik wang. Najib patut berterima kasih kepada perasuah seperti Isa Samad kerana tanpa beliau BN tidak akan menang di Bagan Pinang. Perasuah seperti Isa Samad kini menjadi tokoh kepada generasi muda UMNO kini.

Pindaan perlembagaan yang akan menetapkan kaedah baru pemilihan jawatan tertinggi UMNO boleh menghapuskan politik wang tetapi tidak ada kaedah pemilihan untuk memilih calon YB yang sesuai untuk memimpin dan bekerja untuk rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template