Wednesday, October 14, 2009

Kemenangan undi pos

Oleh Tempe Goreng

Sudah pun dijangkakan akan menangnya parti pemerintah di dun Bagan Pinang yang mana kawasan yang mempunyai banyak sokongan undi pos untuk BarisaN dan UMNO. Apa lagi yang boleh dikatakan dengan majoriti besar yang dimenangi oleh Tan Sri Isa Samad semacam tidak realistik dengan isu dan keadaan semasa yang berlaku sepanjang masa di negara bertuah ini.

Angka pengundian yang sebegitu besar disumbang dengan banyak oleh lertas undi pos yang datangnya dari para tentera kononnya. Tak tahulah apa yang dibuat oleh SPR selaku badan yang tak bebas dalam membuat akta yang diguna pakai dalam memberi hak orang yang menjawat pakaian uniform berkelana di negeri orang.

Akta kebenaran undi pos perlu jelas dan pasukan tentera atau uniform perlu diberi ruang sebebasnya bagi memilih parti apakah yang mereka sokong. Jangankan kerana tidak berdaya akur dengan kekalahan yang bakal dihadapi maka pelbagai perkara termasuk yang salah dilakukan bagi memastikan keberadaan atau kemandirian spesis mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template