Friday, October 9, 2009

Cis!!! Sistem apakejadah apa SPR pakai?

Sistem apakejadah apa SPR pakai?

Apa UMNO dah jampi pada SPR sehinggakan apa yang dilakukan UMNO/BN semuanya betul dan tidak berdosa.

Memang hebat sistem yang dipakai SPR sehinggakan tiada langsung teguran mahu pun nasihat terhadap tindak tanduk UMNO/BN.

Sistem SPR buta!!! satu sistem yang hanya mendokong kemenangan UMNO dan menidakkan hak pembangkang.

Jangan salahkan sistem – SPR

Pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem jika rakyat tidak memihak kepada mereka dalam pilihan raya.
Parti pemerintah turut mengalami situasi yang sama tetapi tidak pernah menuduh proses pilihan raya sebagai punca.
Tahap ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat tinggi dan sistem sedia ada sentiasa ditambah baik bagi menjamin kredibiliti sistem pilihan raya.
Daftar pemilih sentiasa dikemas kini melalui kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara, Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia.-utusan


Cis!!! SPR menipu rakyat dan menutup kelemahan sendiri.

Pembangkang tidak wajar menyalahkan sistem jika rakyat tidak memihak kepada SPR?

Kita tidak akan lupa sama sekali apabila SPR melarang parti2 bertanding mendirikan pondok panas. Ini berlaku apabila sistem yang sedia ada pada SPR langsung tidak memihak UMNO/BN. Mana tidaknya, beberapa batang kaki sahaja yang berkerumu dipondok panas mereka. Jadi, SPR mengharamkan pondok panas didirikan. Puas lah hati UMNO.
Ini lah sistem yang dibanggakan SPR dan memperbodoh bodohkan rakyat dengan sistem yang dibawa mereka itu.

Sistem SPR sekali lagi black out apabila pada hari penamaan cuma ada beberapa batang kaki UMNO/BN saja yang hadir memberi sokongan kepada pemimpin mereka berbanding berpuluh ribu penyokong pembangkang yang hadir. SPR cuba menukar sistem mereka dengan menghadkan jumlah penyokong untuk hadir semasa penamaan calon.

Tengok hari buang undi jatuh pada hari ahad, hari cuti jikalau kawasan itu perlu dipertahankan oleh BN. Apabila berlaku pilihanraya di kawasan yg perlu dipertahankan oleh pembangkang,
sistem terus down, hari buang undi perlu dibuat pada hari berkerja tanpa ada sebab munasabah dari SPR. Sistem SPR mengkehendakkan begitu.

Cis!!!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template