Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang tunjukkan UMNO kuasa rakyat bukan undi POS !


Oleh Tempe Goreng


Muhyiddin kata Rakyat jangan tertipu dengan kata-kata palsu dan tak betul yang dilemparkan oleh pembangkang. Tanbah beliau lagi rakyat perlu tahu parti apa yang memajukan negara Malaysia ini kalau tidak bukan parti BN ditunjangi UMNO.

Najib kata rakyat bijak membuat pilihan terhadap undian mereka. Tambah beliau lagi Malaysia maju dengan progresif di bawah pentadbiran kerajaan pimpian UMNO dan BN.
malah katanya BN akan buat apa sahaja bagi mengekalkan kuasa mereka dalam pentadbiran persekutuan.

Komen : Kalau diikutkan semenjak 52 tahun merdeka di bumi bertuah Malaysia ini kita akan dapati beberapa ciri-ciri penting orang Melayu dan Islam dilunturksn dan dimansuhkan sewenangnya. Contoh Tulisan Jawi sebagai tulisan yang menggambarkan kebudayaan Melayu Islam. Penubuhan sekolah agama rakyat yang dimansuhkan pemberian subsidi kerajaan atas alasan mahu melumpuhkan kegiatan pengganas.Apa yang boleh dikatakan pemansuhan yang mengarut dan berniat jahat menidakkan kepentingan kaitan hidup dengan agama sebagai benteng diri manusia. Tambahan lagi isu PPSMI pengajaran Sc dan Mate dalam Bahasa Inggeris telah menimbulkan kucar kacir dalam sistem pembelajaran dan pengajaran Sc dan Mate di Malaysia. Sehinggakan sasterawan negara yang tersohor seperti A. Samad Said sanggup turun berdemonstrasi melahirkan kecewa dan sedih dengan keputusan berdasarkan percaturan politik dan tidak seimbang dengan kepentingan bahasa kebangsaan oleh BN dan UMNO.

Malaysia progresif bukan hanya diakibatkan oleh usaha-usaha gigih dari pemimpin BN dan Umno sahaja. Boleh dilihat di negeri-negeri yang prospek utamanya bukan berkaitan dengan perindustrian mampu mengekalkan kedudukan kewangan dan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri. Contoh Kelantan yang mampu melaksanakan kebajikan dan menyusun pelbagai kaedah perngurusan dengan terbaik lebih baik dari negeri yang di bawah pimpinan pentadbiran UMNO dan BN. Negeri Terengganu di bawah pimpinan Pas dalam penggal sebelum ini berjaya mengurangkan beban hutang yang sengaja ditinggalkan oleh parti pemerintah BN.

Apa yang menjadi persoalannya nanti jika UMNO dan BN secara mutlaknya muktamad kalah dan tewas dalam PRU 13 adakah mereka akan akur dengan kekalahan itu nanti?????

Adakah tampuk pemerintahan persekutuan bertukar tangan dalam keadaan licin dan baik tanpa ada sebarang campur tangan waima dari Sultan atau Agong sendiri kerana di sisi pentadbiran negara demokrasi Agong atau sultan tidak berhak menafikan hak rakyat yang meimilih dengan undian majoriti.

Lihat sahaja Isu negeri Perak dirampas dengan cara samseng oleh para pemimpin UMNO dan BN dengan rancangan menjatuhkan kerajaan PR dirancang begitu teliti. Termasuk membeli dan merasuah pemimpin PR yang mempunyai track records kurang baik sebelum ini melalui ugutan dan dakwaan di mahkamah. Kita mesti lihat ini dengan telus dan jelas sementelahan lagi sekarang ini kerajaan pimpinan Najib yang memainkan slogan 1Malaysia rakayat dihaulukan pencapaian diutamakan ini telah melantik pakar runding dari Israel atau Yahudi bagi menasihati dalam hal-hal memulihkan imej UMNO, BN, Najib dan Malaysia.

p/s : DI akhir zaman nanti akan ada pemimpin atau ketua dari kalangan mereka yang bukan sepatutnya memimpin. Kerana pemimpin yang pada zaman itu hanya mahukan kedudukan dan kebendaan sahaja. Malah seorang anak adam atau seorang manusia yang bergelar khalifah itu akan kontang dan gersang dirinya jika melihat kuasa, pangkat, wanita cantik dan sebagainya lagi di depan mata.

2 comments:

YANG GAMBI on October 10, 2009 at 10:18 PM said...

Mcam mana pulak dengan si Nuar, bapak rasuah, penjenayah, baruan yahudi, kamu semua letak dia sebagai penasihat ?

Di akhir zaman nanti, akan ada pemimpin atau ketua dari kalangan kamu yang bukan sepatutnya menjadi pemimpin. Kerana kamu memilih pemimpin yang hanya menyukai lelaki dari wanita.

Malah kamu akan memilih seorang khalifah yang mempergunakan agama mendapat kuasa, pangkat, wanita cantik dan sebagainya. Mereka ini bijak menggunakan ilmu agama untuk menipu umat dan menjual agamanya kepada kaum kafir demi kekayaan dan kuasa. Umat telah menjadi buta, pekak dengan kebijaksanaan mereka mempergunakan ilmu agama, padahal mereka adlah jelmaan syaitan dan iblis..... itulah nanti balasan kepada manusia yangtidak pernah bersyukur dan berterima kasih.....

Anonymous said...

Terima kasih saudara Yang Gambi yg sudi komen. DSAI sememangnya difitnah dan diaibkan oleh Che Det. Kerana beliau takut DSAI akan membuka segala kebobrokan dalam UMNO dan BN. Adakah pemimpin yg seteruk DSAI diaib dan dimalukan. Yang Gambi kau fikirlah dengan iman bukan dengan hati mati keras ko tuh. Demi Allah UMNO dan BN lebih buruk semakin teruk penggal pemerintahannya kerana amalan rasuah dan semangat hubbud dunia sangat2 disukai oleh pemimpin UMNO dan BN.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template