Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: BN tidak berterima kasih kepada pengundi2 POS

Kononnya kemenangan BN di Bagan Pinang adalah kerana faktor rakyat sudah menerima gagasan 1Malaysia.
UMNO/BN berkokok kemenagan itu membuktikan penerimaan rakyat dan tanda penerimaan rakyat terhadap 1Malaysia.

Ini antaranya tajuk2 berita di utusan malaysia sempena kemenangan UMNO/BN

1) Bukti penerimaan rakyat - TPM
2) Tanda rakyat terima 1Malaysia
3) Momentum kebangkitan Barisan Nasional
4) Rakyat tolak politik sempit
5) Tanda pengundi mula sokong BN

UMNO/BN mahu menjelaskan kepada seluruh pelusuk tanah air bahawa kemenangan BN di Bagan Pinang adalah kerana pilihan rakyat.

Ini tidak adil!!! kenapa undi askar tidak diambil kira sebagai faktor kemenangan. Kenapa UMNO/BN tidak berterima kasih kepada pengundi2 POS?

Kenapa tidak ada keluar berita seperti askar2 menerima gagasan 1Malaysia?

Kenapa tidak ada keluar berita seperti askar2 menerima pembangunan yang akan dijanjikan UMNO/BN iaitu bandar tentera darat?


Mana? mana berita terima kasih mahupun pujian keatas abg2 askar kita? mana, mana?

Ibarat habis madu, sepah dibuang...

Perasuah diterima rakyat dan pengundi2 POS,

Selepas ini UMNO/BN akan lebih berani mengamalkan rasuah kerana rakyat kini sudah boleh menerimanya. Buktinya telah dipersembahkan oleh warga Bagan Pinang, perasuah? takde hal punyee le...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template