Thursday, October 8, 2009

Apabila parti cap ayam bercerita tentang kemunduran kelantan

BN akui Kelantan mundur
KOTA BHARU 8 Okt. — Barisan Nasional (BN) Kelantan mengakui Kelantan masih mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia berikutan kegagalan kerajaan negeri melaksanakan pembangunan sebagaimana dijanjikan pada pilihan raya tahun lepas.-utusan

Bagaimana sebuah parti komponen yang gagal mentadbir negara, salah guna kuasa, membazirkan wang rakyat serta merasuah dan makan rasuah boleh menjelaskan kelantan masih mundur?

Secara buktinya, negeri2 diperintah oleh BN yang mempunyai hasil minyak seperti sarawak, sabah dan terengganu adalah negeri termundur di Malaysia. Kelantan yang kini mempunyai rizab minyak lebih besar dari rizab minyak di terengganu jika diperintah oleh UMNO, tidak mustahil kelantan boleh diperakui sah dipanggil negeri mundur.

Bandar Pekan, kawasan cengkaman PM sendiri mundur yang cuma ada mydin 2 tingkat dan tunas manja serta beberapa kerat lampu isyarat. Bila jam 8 30 hingga 9 00 malam bandar dah jadi mcm tempat jin bertendang, dah sunyi. Bandingkan tesco di kelantan dan tesco di kuantan, perbandingan kuasa membeli kedua2 negeri yang dihujahkan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad. "Tak perlu susah-susah buat kajian sana-sini. Muhyiddin dan Isa bawa payung dan kerusi, selepas itu duduk depan Tesco di Kota Bharu untuk melihat sendiri kuasa beli rakyat di negeri itu."

"Setiap hari minggu Tesco Kota Bharu memungut lebih RM1 juta sehari sehingga ia bercadang hendak menambahkan cawangannya di Kelantan sedangkan Tesco di Kuantan, di negeri perdana menteri sendiri, telah ditutup akibat masalah ekonomi setempat.

"Kalau Kelantan mundur seperti yang digambarkan oleh Muhyiddin dan Isa, rakyatnya tidak akan mempunyai kuasa beli sedemikian rupa,"


Sarawak dan sabah. Tak usah lah lihat kemunduran pembangunan negeri sabah dan sarawak, lihat infrastruktur sekolah yang menyajikan masa hadapan anak2 mereka, terlalu mundur.

Tak usah cakap lah pasal kemudahan PPSMI di sekolah yang digunakan untuk mengajar huruf-huruf penjajah, kemudahan sukan pun tidak boleh dibawa masuk kesekolah kerana tiada jalan masuk ke sekolah terbabit, seperti rakan saya seorang guru menceritakan meja ping pong yang dibeli terpaksa diletak ditepi hutan sebab sukar untuk dibawa masuk kerana tiada jalan ke sekolah itu dan hutan sangat tebal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template