Sunday, October 11, 2009

1Bagan Pinang 1Rasuah

Ketika ini ditulis, kiraan undi sangat2 memihak kepada perasuah. Syabas warga pengundi Bagan Pinang.

Perasuah bakal mengemudi warga2 Bagan Pinang ke arah jalan yang suci, bersih, makmur penuh dengan pembangunan, segala galanya untuk warga bagan Pinang.

Kini tiada siapa lagi yng boleh mempertikaikan sasiah diri petanding, tidak seperti petanding di PRK Permatang Pasir dulu. Buktinya, seorang perasuah diterima dengan hati yang gembira, tangan terbuka. Kini rasuah tidak lagi diklasifikasikan satu pandangan buruk.

Usaha UMNO/BN mengubah klasifikasi rasuah itu semakin berjaya. Sikit2 minda rakyat dibasuh, sikit2 rakyat akan redha menerimanya. Akan datang ibarat kesalahan rasuah itu seperti kesalahan kanak2 mencuri sebiji gula-gula.

Dari rasuah dipersembahkan dalam bentuk politik wang, dari politik wang dipersembahkan dalam bentuk sedekah.

Suatu hari nanti SPRM tidak akan wujud lagi...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template