Wednesday, September 2, 2009

Wakil rakyat didahulukan, kuasa diutamakan.

Tindakan kekal Dun Kota Siputeh tidak dahulukan rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Siputeh, Dato' Abu Hassan Sarif jelas menunjukkan yang didahulukan bukan rakyat tetapi wakil rakyat. Harakah


Bukan sesuatu yang ajaib dengan keputusan SPR itu. Mcm rakyat, apabila musim pilihanraya wakil2 rakyat sudi seadanya untuk diperhambakan oleh rakyat, ketika ini rakyat didahulukan, ketika ini rakyat cukup berguna kepada kerajaan BN.

Di Musim pilihanraya, antara ayam2 belaan UMNO, SPR lah paling tajam tajinya. Taji ayam ini cukup berjasa pada tuannya. Spesis ayam yang cukup jinak berkokok siang dan malam. Tapi sayangnya ayam yang cukup hebat ini dikatakan salah satu faktor mempengaruhi pembentukan kerajaan hanyalah jinak dengan tuan empunya sahaja tidak dengan orang lain.

Adakah SPR mematuhi kokokkan keramat Najib "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan"? walaupun engkar dengan kata2 keramat tuannya, tuannya tidak marah malah "buat lah lagi"

Mcm isu dakwat jari pada pengundi. Sebelum PRU12, SPR berkokok kuat hampir merobohkan reban bahawa rakyat akan pertama kali mecelup jari dalam dakwat untuk elak mengundi dua kali.

Tetapi, seminggu hampir dengan PRU12, tiba2 ayam ini terkentot dan berak kapur di pertengahan jalan dan berkokok semula bahawa penggunaan dakwat tidak boleh dibuat kerana terdapat pihak yang berniat tidak baik.

Ayam, bermacam ayam, ada ayam kg, ayam hutan, ...lagu jalil hamid

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template