Saturday, September 5, 2009

Orang JPN sendiri tak dapat layanan yang baik seperti warga myanmar di Pekan

JPN diminta jelaskan dakwaan PATI jadi warganegara

TAWAU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diminta menjelaskan dakwaan sebuah parti pembangkang kononnya ada usaha daripada jabatan itu mendaftar pendatang tanpa izin (PATI) sebagai warga negara di Kalabakan.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh, berkata penjelasan dan siasatan itu perlu memandangkan beliau sendiri ada menerima aduan kononnya usaha pendaftaran berkenaan dibuat di Kampung Kalabakan Tengah pada bulan lalu.

Katanya, dakwaan itu sudah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk dan masyarakat tempatan kerana ia membabitkan pemberian kewarganegaraan kepada penduduk asing yang tidak berkelayakan.



JPN dipersoalkan kerana mendaftar pendatang tanpa izin (PATI) sebagai warga negara itu persoalan lain.

Kita persoalkan tindakan pemimpin2 BN memperkudakan jentera kerajaan seperti JPN untuk kepentingan politik mereka.

Kita lihat contoh rakyat premium di Kg Sg. Miang dan Cendrawasih Pekan dah cukup, apa yang telah BN sajikan untuk pendatang myanmar. Cukup2 mewah. Jangan persoalkan JPN. JPN cuma hamba yang akur dan menurut perintah pemimpin atasan BN.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template