Wednesday, September 23, 2009

Najib siMemanda Menteri

Oleh Tempe Goreng

Setiap PM Malaysia gamaknya memang mempunyai title atau visi agendanya yang tersendiri. Maka oleh sebab itulah PM Najib telah cepat melancarkan slogan terbarunya bagi menggantikan slogan Islam Hadhari Pak Lah dengan 1 Malaysia Pencapaian diutamakan rakyat didahulukan. Begitulah begitu manisnya bahasa sesedap didengar sedap lagi dimakan kalau makananlah. Manakan tidak PM Najib pasti agak terkena tempias sebelum ini dek kerana mudahnya bekas PM Pak Lah melulus dan melancar koridor itu koridor ini yang bernilai ratusan juta malah puluhan bilion ringgir. Pengaliran atau suntikan modal pelaburan ini melibatkan jumlah kewangan dana perbendaharaan negara selain pelaburan asing masuk yang memakan masa dalam menarik pelabur asing.

Dilihat dari permulaan Najib memegang tampuk pemerintahan Malaysia tanahairku yang bertuah ini dengan sepantas kilat meluluskan projek tanpa wayar wi-fi yang bernilai bilion ringgit Malaysia. Syarikat yang mendapat tender dikatakan pula mempunyai link dengan Najib. Akhbar-akhbar kontra melaporkan akan kebimbangan bahawa Najib memerintah dengan banyak membelanja dan mengeluarkan dana perbendaharaan negara sewenangnya.

1 Malaysia menjadi tagline yang cukup berkesan pada Najib sementelahan BN selaku gabungan komponen parti pemerintah sekarang kalah 0-8 bukan dalam waktu kecederaan. Kalah pada Pilihanraya Kecil Kawasan sebenarnya sudah menggambarkan betapa tidak ada penerimaan yang majoriti terhadap kewujudan UMNO dan BN sekarang ini. Meski pilihanraya kecil kawasan yang akan datang dan terbaru di bagan Pinang, Negeri Sembilan adalah kawasan kubu kuat UMNO tidak mustahil kekalahan bakal berlaku lagi terhadap UMNO. Cara Umno yang seringkali melabel pembangkang sentiasa salah dan sentiasa mencari salah BN sebenarnya memakan diri. Manakan tidaknya calon rasuah yang dikenali ramai masih menjadi pilihan utama. Umno bahagian juga kelihatan cuba memasang umpan agar calon akan terhutang budi dan banyak tender dan sebagainya akan menguntungkan mereka sepanjang penggal pemerintahan. Tun Dr M yang dulunya juga sering rasuah menyatakan tidak sokong calon yang rasuah. Bekas yang telah kotor dengan kotoran yang telah mengotorkannya saling sama kotor bukan? Tetapi tak mengapalah Tun Dr M menasihat sebagai orang tua yang lebih lama makan garam dan tahu rencah kehidupan.

Najib sebagai seorang yang bercita-cita tinggi dalam pemerintahannya mahu melihat UMNO relevan namun usahanya seperti hanya mahu mengambil jalan selamat.Tidakkah ketegasan dan kelainan dalam menegakkan hak-hak kebajikan rakyat dengan lebih lagi dapat diutamakan?

Soalnya, adakah BN dan UMNO tidak menerima kelakalahan jika kalah dalam pilihanraya umum kali ke 13 nanti? Lihat parti Liberal Demokratik Jepun yang telah lama memerintah ditumbangkan oleh undian rakyatnya sendiri. Bolehkan UMNO dan BN menerima kekalahan itu nanti? Pastinya peminpin UMNO dan BN tahu adat pertandingan ada yang kalah dan menang. Semestinya ada alasan yang menyebabkan rakyat kebanyakan merasa kurang selesa dengan BN hari ini dan akan datang. Tepuk dada tanya iman.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template