Monday, September 14, 2009

Kita pateri. Kalau ada masuk benda lain, kita tahu punya. Ini tak tipu maaa...

“Peti undi pos itu akan kita pateri dan ditandangani di atasnya oleh pihak iaitu SPR dan wakil daripada ejen parti yang bertanding.

“Beg itu dipateri, kalau dibuka. Tandatangan nak dibuka macam mana lagi...Kalau ada masuk benda lain, mesti tahu punya. Tak boleh tipu. Kali ini pergi tengok dan diperhati dengan betul. kemudian anda bagi tahu saya, di mana tempat dia boleh tipu,"Pengerusi SPR-utusan


Wah bukan memain lagi SPR untuk mengekalkan undi pos masih relevan dan boleh diguna pakai.

Jangan pecaya malaun ni.


Adakah borang pengisytiharan SPR malaun punya kerja?

Seperti mana yg dilaporkan oleh Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel, semua anggota tentera dan polis dikehendaki mengisi satu borang pengisytiharan berasingan yang mengandungi butiran nama, kad pengenalan dan nombor siri kertas undi, sebelum mereka membuang undi.

Pengundi akan memasukkan kertas undi dan borang pengisytiharan tersebut ke dalam sampul surat undi pos, sebelum memasukkannya ke dalam beg undi. Oleh itu borang pengisytiharan akan mendedahkan indentiti pengundi sebenar.


Mana maunya abg2 polis dan abg2 askar berotot perkasa ini berani memangkah parti Pakatan Rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template