Monday, September 14, 2009

Kalau suara rakyat keramat, dah terkubur BN

'Suara rakyat suara keramat'
TAWAU 13 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemimpin adil perlu menjaga kepentingan semua rakyat dan bukannya hanya menjaga kumpulan penyokong atau ahli parti sahaja.utusan

Apa keramat-keramat ni?

Bila nak dekat pilihan raya selalu berkokok tak tentu pasal. memang pemimpin cap ayam. Muka yang penuh kepuraan.

Mana ada suara rakyat keramat, ini lah jadinya bila ada PRK berkokok tek tentu hala. Bagi BN suara rakyat macam corong radio buruk je.

Kalau suara rakyat keramat, pasti DUN Perak sudah dibubarkan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti PPSMI tak perlu ditunggu untuk dimansuhkan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti akta ISA dihapuskan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti SPR telus dan tidak diperkudakan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti harga bahan api takkan naik, dan takkan wujud RON 95.

Kalau suara rakyat keramat, pasti bonus tahunan diberikan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti COLA RM300 ditunaikan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti pemimpin BN dipenjarakan.

Kalau suara rakyat keramat, pasti PRU13 Pakatan Rakyat menang.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template