Friday, September 18, 2009

Isa Samad, calon terbaik UMNO

Jangan calonkan Isa Samad - Dr. Mahathir

PUTRAJAYA 18 Sept.— Jangan letak Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.-utusan

Mahathir berkokok supaya UMNO tidak calonkan Isa untuk bertanding PRK Bagan Pinang kerana Isa telah tercemar dan juga persepsi rakyat terhadap UMNO bertambah buruk jika Isa menang.

UMNO jangan dengar cakap mahathir tu, beliua sudah nyanyuk dan tua. Umur dah senja masih mahu berkokok pasal politik lagi, bukannya mau bertaubat.

Isa samad adalah calon terbaik, walaupun makan rasuah, UMNO bahagian mahu Isa bertanding. Walaupun perasuah, itu lah saja calon yang ada terbaik buat UMNO sekarang.

Mahathir tidak perlu risau dan tak perlu berkokok lagi. UMNO pasti menang. Takkan Mahathir sudah hilang kepercayaan dengan kesetiaan SPR terhadap UMNO, kesetiaan pengundi hantu, kesetiaan jentera-jentera kerajaan, kesetian tidak berbelah bagi oleh media pengampu serta kesetiaan askar2 dan polis2 menyumbang udian pos yang besar terhadap parti UMNO. Mahathir tak usah risaukan, pasti UMNO menang.

Mahathir sudah tua, pergilah luangkan masa beribadah di masjid. tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template