Friday, September 18, 2009

Halal berkempen di dalam kem jika undi pos banyak berpihak kepada PR

Parti politik dilarang berkempen dalam kem tentera

SEREMBAN 18 Sept. — Parti politik tidak dibenarkan berkempen dalam kem tentera kerana bentuk tugas anggota tentera bersifat keselamatan di tahap yang tinggi, kata Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad-utusan

Bila situasi berpihak kepada BN, apa yang sudah sedia ada dah cukup baik.

Jika situasi tidak berpihak kepada BN, apa yang sudah sedia ada dah tak baik dan perlu diubah.

Macam pondok panas, bilangan penyokong yang hadir semasa penamaan calon dan hari mengundi. Pondok panas dan bilangan penyokong yang hadir semasa penamaan calon langsung tidak berpihak kepada BN.

Oleh itu, pondok panas dilarang dan bilangan penyokong yang hadir semasa penamaan calon dihadkan. Kerana situsi demikian tidak memihak dan tidak menguntungkan BN.

Jika PRK berlaku akibat kekosongan adun di kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat, mana mungkin hari buang undi diadakan pada hari cuti tapi sebaliknya rakyat terpaksa keluar mengundi pada hari bekerja.

Lihatlah, bila kekosongan kerusi berlaku di kawasan dikuasai oleh BN, boleh aje SPR umumkan hari pilihan raya adalah pada hari cuti. Mangkuk betul.

Macam berita utusan UMNO hari ini, parti politik dilarang berkempen dalam kem tentera, terang2 situasi tersebut berpihak kepada BN kerana faktor undi pos sampai kiamat pun akan mengundi BN. Kalaulah sebaliknya, undi pos banyak berpihak kepada Pakatan Rakyat, maka halal lah arti bertanding bekempen dalam kem tentera

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template