Monday, September 14, 2009

Ganyang SPR dahulu

Kita perlu lupakan kerja jahat UMNO,MCA dan MIC. Mereka2 ini sudah durjana besar dan sukar untuk diubah lagi. Sudah dizahirkan parti mereka sebegitu rupa.

Pokoknya adalah SPR sendiri. Kita perlu hantam kerja jahat yang dilakukan SPR untuk Tuan mereka. kalau SPR terus menjadi balaci kepada UMNO,MCA dan MIC, sampai kiamat Pakatan Rakyat tak boleh menang pilihan raya.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkokok dalam utusan, berkokok menyalahkan wakil parti yang tidak datang. Wakil parti yang bertanding diminta hadir menyaksikan sendiri proses pengundian itu berlangsung kerana sebelum ini ada wakil yang tidak datang walaupun diundang SPR.

Tetapi, Pendedahan Mafrel ketika PRU12 berkenaan undi posto mendapati tiada pegawai SPR dan ejen yang dilantik sewaktu pengundian pos berjalan di balai polis dan pangkalan tentera. Proses pengundian bagi anggota tentera dan polis pula dikendalikan sendiri oleh pegawai mereka.


Kena ada kesinambungan perhimpunan BERSIH

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template