Tuesday, September 8, 2009

Bukan sahaja RM800, amah patut minta layanan serupa dengan pendatang Myanmar di Pekan

Geng2 amah memang power. Boleh bikin serabut kerajaan BN memikirkannya. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam jadi pening dan boleh sakit hati sebab orang india yang nun di estet sana pun ada berpendapatan bawah RM800. Tukang kebun pun gaji RM500.

Mungkin juga geng2 amah sudah tahu tembelang formula pekan bagaimana Najib melayan pendatang myanmar sebagai rakyat premium di negara ini. Rumah percuma, ada elaun, dapat tanah, dapat tajaan gerai berniaga, dapat kerakyatan malaysia. Dikelaskan rakyat premium negara ini.

Mungkin juga geng2 amah mahu layanan serupa diberikan kepada mereka seperti mana layanan Najib berikan kepada pendatang asing mnyanmar. Amah juga serupa dengan pendatang myanmar juga warga asing.

Memang patut amah2 semua keluar mogok di jalan raya, minta kerajaan BN beri layanan serupa kepada mereka seperti mana layanan istemewa yang diberikan Najib kepada pendatang asing Myanmar di Kg. Sg Miang dan Cenrawasih Pekan.

Jangan duk kemaruk tuntutan rakyat asing je, tuntutan bonus dan elaun COLA RM300 perlu diteliti juga. Orang Mnyanmar kat Pekan sana bayar elaun pakai duit sapa? duit rakyat pembayar cukai juga. Takde bonus memang melampau lah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template