Wednesday, September 2, 2009

Apabila Najib bertazkirah

1Malaysia tepati ajaran Islam

Sungai buloh 1 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, gagasan 1Malaysia yang sedang dilaksanakan sekarang telah menepati kehendak ajaran Islam yang sentiasa menuntut umatnya berlaku adil sesama manusia termasuk kepada yang bukan Islam.

Menurut Perdana Menteri, seperti yang dinyatakan Allah SWT dalam surah Al-Maidah yang menekankan keadilan untuk semua, amalan itu akan meningkatkan ketakwaan seseorang.

Gagasan 1Malaysia yang sedang dihayati pada masa ini merupakan satu gagasan yang tetap bersifat Islamik dalam pengisian dan matlamatnya.

"Ini adalah berpandu pada ayat kelapan dalam surah Al-Maidah yang bermaksud 'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.

"Hendaklah kamu berlaku adil kepada sesiapa juga kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu ketahui," katanya pada majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri dekat sini hari ini.


Kini Najib mahu jadikan 1malaysia bersifat islamik. Ini bukan mazhab islam hadhari.
Beberapa hari saya berada di Terengganu, sy bersolat terawih pada malam kemerdekaan. Atas arahan Jabatan Agama Islam Terengganu, selesai solat terawih perlu disusuli dengan solat hajat sempena kemerdekaan di masjid2.

Dalam doa tersebut, memang padat dengan pengisian 1 Malaysia, juga terkandung dlm doa tersebut "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Tetapi adakah kerajaan BN meletakkan rakyat no 1?. Bila suara rakyat diatas jalan raya, kerajaan BN membelakangkan slogan Najib tersebut, rakyat terang2 dizalimi.

Macam isu kerajaan haram Perak, rakyat Perak menuntut dun dibubarkan dan diadakan semula pilihanraya, tetapi Najib dan konco2nya langsung tidak mendahulukan rakyat.

Gagasan 1Malaysia kononnya diceduk oleh gagasan 1 Israel dikatakan Najib bersifat islamik dlm pengisian dan matlamatnya.

Lihat isu kepala lembu dengan pengisian dan matlamat satu malaysia, adakah BN berlaku adil terhadap semua kaum?. Tengok geng2 kepala lembu,dalangnya diberitahu adalah puak UMNO yang berkokok tentang 1 Malaysia yang dikatakan bersifat islamik itu. Lebih lanjut Klik-ketua geng kepala lembu."Ini adalah berpandu pada ayat kelapan dalam surah Al-Maidah yang bermaksud 'Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sesekali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu tidak berlaku adil.

Cukup2 lah cakap retorit dan hentikan lah kerja memperbodohkan rakyat. tak ingat kah pesan Pak Lah sebelum PRK N11, rakyat mudah mendapat maklumat, rakyat tidak mudah lagi diperbodohkan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template