Monday, September 28, 2009

Aku lah wakil bebas kat Malaysia ni

Ibrahim Ali adalah liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Kesilapan yang amat besar yang telah dilakukan oleh PAS kelantan apabila meletakkan Ibrahim Ali calon PRU12 Pasir Mas.

Adakah Ibrahim Ali tahu,sedar atau buat2 bodoh atau juga Ibrahim Ali berkata di dalam hati bertapa senangnya PAS diperbodohkan apabila PAS Kelantan dengan rela meletak Ibrahim Ali bertanding mewakili lambang PAS. Apa pun ia telah terjadi dan mana mungkin Ibrahim Ali mahu mengaku dia telah memperbodohkan PAS Kelantan cukup2 dan akhirnya dapat melabuh bontot dikerusi parlimen Pasir Mas sebagai wakil bebas dan berkokok kokok memaki hamun dasar PAS.

Dari segi rekod, Ibrahim ali dah terpinggir lama dah oleh dewan rakyat sejak spesis katak berkokok ini menang kerusi parlimen pada 1990 dulu dengan parti cap S46.

Apabila ibrahim Ali meminta Nik Aziz meletak jawatan kerana gagal melaksanakan tugas sebagai menteri besar dan juga atas alasan beliau sudah tua dan wajar memberi laluan kepada pemimpin muda.

Sedar lah wahai katak, kerusi parlimen yang mung parkin tu sapa yang beri ke mung? cermin diri mung tu dulu. Mung tu ahli politik dah habis tarikh luput doh. Susah nak bercakap dengan orang tua, dah lah tua, tak sedar diri pulak tu.

Berkokok enak mahu Tuan Guru Nik Aziz meletak jawatan alasan beliau sudah tua. sepatutnya katak tua ini berkokok kepada pemimpin2 BN yang rasuah dan salah guna kuasa yang perlu letak jawatan. Bercakap sebagai wakil bebas tahi kucing apa macam ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template