Saturday, August 8, 2009

UMNO/BN mahu rakyat malaysia menerima idealogi 1 Malaysia. Supaya mudah untuk diperbodohkan

Oleh keretaburuk

Di muka bumi ini hanya manusia dianugerahkan akal. Kerana akal kita dapat beribadat dan melaksanakan suruhanNya.

Adakah kepala hotak rakyat malaysia juga dikekang oleh UMNO/BN?

Adakah kepala hotak orang malaysia dilahirkan untuk memahami dan menerima idealogi UMNO/BN?

Lihat, kepala hotak kita pun tiada tempat untuk demokrasi.

UMNO/BN mahu rakyat malaysia berfikiran terhad dan terima seadanya apa yang dibawa oleh UMNO/BN.

PERTH 8 Ogos — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah penting bagi semua rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia di seberang laut untuk memahamai konsep dan prinsip 1Malaysia.

“Ianya tidak sukar untuk difahami. Tapi ia merupakan pendekatan yang Perdana Menteri berpendapat adalah penting bagi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita ada satu,” katanya pada majlis makan malam dan dialog dengan rakyat Malaysia termasuk pelajar di sini malam tadi.


Kami rakyat malaysia, masing2 ada kepala hotak masing2. kepala hotak kami adalah berhak untuk berkerja bagi memikirkan perkara yang berlaku disekeliling kami.

Kepala hotak kami adalah tidak terhad dan kepala hotak kami ini tidak terhad untuk diguna pakai oleh UMNO/BN sahaja.

Oleh itu, adalah TIDAK penting bagi semua rakyat Malaysia termasuk pelajar Malaysia di seberang laut untuk memahamai konsep dan prinsip 1Malaysia. Idealogi adalah hak kami.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template