Thursday, August 13, 2009

Tunaikan solat tegakkan agamamu


Oleh Tempe Goreng


Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardu merupakan salah satu dari Rukun Islam.

Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak.

Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.


Firman Allah yang bermaksud tunaikanlah solat kerana solat itu mencegah kamu dari maksiat dan kemungkaran. Tuhan bagi orang Muslim mengingatkan kita dengan cukup jelas akan keberkesanan dan betapa besar faedah memelihara solat. Memelihara dan menjaga waktu solat kita yang fardhu selama lima kali sehari semalam sahaja sudah cukup memberikan gambaran Umat Islam mendiri dan menegakkan agama Allah. Lantas jika seseorang muslim itu ada pernah dan telah meninggalkan solat maka ertinya sudah patah, jatuh, tumbang dan robohlah tiang yang menyokong hidupnya.

Terlalu ramai pada hari ini termasuklah diri saya ini yang sukar mendirikan solat secara berjamaah di masjid dan sebagainya lagi. Bertambah ramai lagi yang senangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam. Umat Islam mempunyai kekuatan melalui rantaian ibadah solatnya. Jika seseorang Muslim itu sanggup bangun pada pukul 3-4 pagi semata-mata beribadah kepada Allah sememangnya dirinya disayangi Allah. Tentera Islam sewaktu zaman Rasulullah dan sahabat seringkali dipilih dari kalangan mereka yang menunaikan solat fardhu dan bangun malam untuk tunaikan solat kepada Allah. Lantas kekuatan rohani menyumbang kemenangan Tentera Islam yang berperang kepada tentera kafirin yang menentang Allah.

Apabila solat diringankan dan ditinggal sebegitu rupa maka hubungan muslim dengan Allah ibarat terputus hubungan. Solat ibarat jambatan dan hubungan telekomunikasi yang wajib dilakukan setiap hari hidupnya jiwa seorang muslim itu. Lengkapnya muslim itu digambarkan melalui sempurna dan hebatnya ia menunaikan ibadah solat. Hebatnya dia bangun dan sanggup membuang keenakan tidur dimalam dingin semata-mata kerana Allah rabbul jalil.

Solat juga memiliki ramuan bagi menyelesaikan masalah. Ini kerana dengan melakukan seketika solat kita akan seketika bertenang mengingati kebesaran Allah, mengakui kekurangan kita selaku hamba yang lemah dan bermustajab akan kebesaran Allah. Jadi apa mungkin sekalipun solat perlu diutamakan kerana mengutamakan solat menambah keberkatan hidup kita Insyaalah kelak.

rujukan : http://www.prepaidboy.com/insan/

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template