Friday, August 14, 2009

Tak habis2 PPSMI

Betula kata Datuk A. Samad Said pengkhianat malayu adalah UMNO sendiri.

Bangsa mengkhianati bahasanya sendiri.

Pengkhianatan terhadap bangsa atau bahasa?

Lihat lah, pemimpin UMNO mempermainkan martabat bahasa mereka sendiri.

Belum apa2 berlaku pun perlaksanaan semula bahasa melayu dalam kurikulum sains dan matematik, bermacam2 cara untuk menjunjung bahasa asing seperti makmal bahasa dan memperkenalkan kurikulum baru dalam bahasa inggeris.

Bagaimana pula rancangan kerajaan untuk subjek sains dan matematik?

Yang kita dengar selalu dalam media pengampu adalah untuk meningkatkan mutu bahasa pencapaian bahasa inggeris.

Sepatutnya kerajaan BN perlu memikirkan cara bagaimana untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam sains dan matematik.

Adakah kerajaan fikir, bangsa itu maju kerana menguasai bahasa lain.

Hakikatnya, itu lah pandangan UMNO/BN. Meminta pelajar menguasai ilmu sains dan matematik melalui medium bahasa lain.

Mereka lebih percaya kepada kemampuan bahasa asing. Mereka tidak percaya, bahasa sendiri tidak dapat dijadikan bahasa ilmu.

Dah berbuih dah cakap pasal PPSMI ni.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template