Wednesday, August 5, 2009

Rakyat sudah pandai, mudah mendapat maklumat, mereka memang tidak boleh diperbodohkan- Abdullah Badawi

Oleh keretaburuk

"Kita mempunyai peluang yang lebih baik (untuk menang) tetapi kena kerja kuat, kena pandai berkempen. Rakyat sudah pandai, mudah mendapat maklumat, mereka memang tidak boleh diperbodohkan,'' (ABDULAH BADAWI, UTUSAN ARKIB : 04/08/2009
BN ada harapan menang di DUN Permatang Pasir)


Abdullah mengigatkan UMNO/BN bahawa rakyat kini (zaman Najib) sudah pandai, mudah mendapat maklumat, mereka memang tidak boleh diperbodohkan berbanding rakyat dibawah pemerintahan zaman Mahathir dan Abdullah dulu yang begitu senang diperbodohkan.

1. Rakyat sudah pandai- Maknanya pada pengetahuan UMNO/BN, rakyat sebelum ini adalah rakyat yang bebal, dungu dan mudah ditipu dan diperbodohkan oleh kerajaan. Dulu rakyat tak pandai, golongan bodoh2 ini adalah produk yang baik untuk UMNO/BN memanipulasikan golongan ini dalam pilihanraya. Dulu, golongan rakyat yang bodoh terlalu mudah makan pujuk UMNO dengan kain pelikat, kain batik dan gula sekampit.

2. Mudah mendapat maklumat- jalur lebar semakin meluas, celcom broadband, TM, P1.com, akhbar harakah kini 2x seminggu adalah sedikit mudah bagi rakyat untuk mendapatkan maklumat. Dulu akhbar2 pro pembangkang kerap dirampas. Jalur lebar tidak meluas. Rakyat yang terhad maklumat diperdalaman senang2 diperbodohkan oleh kerajaan melalui saluran RTM1,2 dan TV3. Kemajuan ICT negara lembab. Hakikatnya UMNO/BN berasa lebih baik rakyat tak pandai membaca dan buta IT kerana golongan2 ini adalah produk yang baik bagi UMNO/BN untuk diperbodohkan.

3. Mereka memang tidak boleh diperbodohkan- Dulu rakyat memang mudah diperbodohkan dan percaya bulat2 berita atau propaganda yang dibawa oleh media2 pengampu. Dulu era reformasi satu momentum yang baik untuk PR menjatuhkan kerajaan tetapi apakan daya, rakyat zaman itu mudah ditipu dan diperbodohkan oleh kerajaan, manakala laman2 pro pembangkang belum banyak yang wujud lagi. Betul kata Abdullah, memang rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan oleh UMNO/BN. Pekung2 jahat UMNO/BN tidak boleh ditutup atau dighaibkan begitu sahaja seperti dulu lagi. Rakyat boleh hidu. UMNO/BN tidak boleh lagi perbodohkan rakyat kerana rakyat telah bijak dipandaikan oleh Pakatan Rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template