Thursday, August 27, 2009

Rakyat Myanmar didahulukan, pengundi diutamakan

Keretaburuk

Kerana undi, Najib membina satu pelaburan yang amat bernilai untuk jangka masa panjang. Kerana mahu terus memegang kerusi parlimen Pekan, Najib jadikan pendatang asing dari Myanmar sebagai rakyat Malaysia kelas pertama di negara ini. Begitu mudah untuk mendapatkan kerayatan Malaysia oleh kerana undi pilihanraya.

Pekan membuka pintu kepada gerombolan2 Myanmar berhijrah memasuki dari utara Kedah untuk bersarang di tanah-tanah berdaulat Pekan Pahang. Mereka diberi layanan kelas pertama di negara ini hanya semata mata kerana undi pilihanraya.

Najib membelakangkan dan mengkhianati slogan yang diciptanya sendiri " rakyat didahulukan" secara langsung mengkhianati orang asli, melayu, cina, india, jawa dan pribumi2 di borneo. Najib perlu ubah slogan kepada "rakyat Myanmar didahulukan".

Pernah aku katakan sebelum ini, rakyat hanya berguna kepada UMNO/BN apabila berlakunya pilihanraya. Ketika itu kita boleh memperhambakan pemimpin2 ini untuk kita. Begitu juga dengan pendatang Myanmar di Pekan, mereka amat berguna kepada Najib kerana menyumbangkan undi tetap kepada Najib sehingga ke lubang kubur.

Rakyat2 di luar sana mengundi UMNO/BN patut sedar(khasnya penduduk Pekan Pahang). Adakah layanan kerajaan kepada anda lebih baik dari kaum pendatang Rohingya Myanmar?.
Adakah kamu mengundi UMNO akan diberikan wang ringgit? ya ada, memang tak dinafikan. Tetapi wang ringgit yang diberikan oleh UMNO adalah bermusim bila berlakunya pilihanraya. Diri anda hanya laku ketika pilihanraya sahaja.

Anda bebal. Tengok pendatang Myanmar, diri mereka laku, tanpa tamat tempoh dan bernilai kepada Najib. Pendatang2 ini diberi elaun khas bulanan sebanyak RM 500. Anda yang berstatus rakyat Malaysia tulen apa ada, habis pilihanraya tinggal habuk je lah. Tengok dekat pilihanraya Permatang Pasir, UMNO/BN kasi duit pun duit palsu. Siapa yang terjebak dengan duit tu, memang diri anda lebih hina dari pendatang Myanmar.

Kerana undi untuk Najib, pendatang2 Myanmar ini diberi rumah yang selesa, ada dikatakan berteduhkan rumah banglo. Tidak perlu buat pinjaman bank mahu pun cari penjamin, tak perlu pandatang2 Myanmar ini kira hutang rumah. Segala-galanya free untuk mereka. Memang sedap jadi orang Myanmar. Rakyat Malaysia tulen merempat, duduk rumah PPRT. Penempatan2 setinggan di robohkan. Tak perlulah program Bersamamu di TV3, memalukan orang kita dengan pendatang Myanmar je.

Tanah orang kita kerajaan rampas. Kerana undi kepada Najib, Najib betul-betul memparasitkan lagi pendatang asing Myanmar ini. Mereka diberi tanah untuk bercucuk tanam nanas. Malah, LPNM Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia diperhambakan oleh UMNO/BN untuk mengendalikan ladang nanas milik pendatang dan membantu mereka memasarkan nanas. Peneroka Felda perlu buka mata luas-luas. Undilah BN lagi.

Orang kita nak berniaga gerai pasar malam pun mcm2 kena bayar. Tengok orang Myanmar, dah la LPNM diperhambakan untuk mereka, gerai-gerai diberi percuma oleh FAMA untuk memasarkan hasil ladang mereka. Orang kita meniaga takde lesen, bila orang majis datang kita cabut. Begitu hinanya peniaga kecil berbanding dengan orang Myanmar. Pejual cd haram pasar malam pun orang Myanmar pandang sebelah mata je.

Pelaburan jangka panjang yang dijana bijak oleh Najib. Rakyat didahulukan. Apa yang kerajaan UMNO/BN mahu dari kita? mereka hanya mahukan undi sahaja. Susah senang rakyat apa mereka peduli.

1 comments:

langhafur on August 27, 2009 at 8:32 PM said...

Jangan main-main Bro..Betulke ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template