Saturday, August 29, 2009

Pemimpin BN masih lagi menggunakan bendera sebagai alat pengukur patriotisme rakyat

Patriotisme rakyat masih rendah

JELEBU 28 Ogos - Datuk Seri Dr. Rais Yatim kesal dengan tahap patriotisme rakyat yang masih rendah sehinggakan 'hendak membeli sehelai bendera pun tidak mampu'.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu agak kecewa kerana rata-rata rakyat Malaysia masih mengharapkan kerajaan memberi bendera percuma untuk menunjukkan semangat cintakan negara sempena Hari Kemerdekaan.

''Apa yang dikesalkan, ramai yang mampu membeli rokok pada harga RM6.80 sekotak, tetapi keberatan mendapatkan sehelai bendera kecil yang berharga tidak lebih daripada RM3.


Seperti mana bulan kemerdekaan pada tahun lepas, pemimpin2 UMNO/BN menghendik rakyat yang tidak memasang bendera di kereta, rumah-rumah dan premis2.

Kenapa Pemimpin BN menilai patriotisme melalui kibaran bendera?

Patriotisme setiap rakyat ada tertanam dalam diri masing2. Tidak perlu menterjemahkannya melalui kibaran bendera. Patriotisme rakyat tidak boleh diukur melalui bendera.

Mungkin patriotisme rakyat boleh diukur di atas kertas undi?

Kita sedia maklum, rakyat kini meluat benar dengan UMNO/BN. Sehinggakan wujud persepsi rakyat yang mana mereka memasang bendera itu adalah penyokong BN. Tapi hakikatnya memang begitu, contoh beberapa rumah ditempat saya, rumah penyokong tegar UMNO, sungguh meriah dengan bendera termasuk bendera keris.

Di Terengganu, terkejut juga melihat sepanjang jalan jambatan sultan mahmud(sehingga 28.ogos) kosong tanpa dipacakkan bendera. Adakah kerja2 memacak bendera di pinggir2 jambatan dilakukan oleh rakyat marhaen? ini kerja kerajaan negeri yang buat. Adakah kerajaan negeri tidak patriotisme?

Rais Yatim kesal rakyat mampu membeli rokok tetapi tidak mampu membeli bendera tidak lebih RM3 dan hanya mengharapkan pemberian bendera percuma.

Rais yatim juga perlu fikir, bukan sahaja rokok(bagi yg merokok) tetapi rakyat juga menhabiskan wang untuk membeli topeng muka yang tidak diberi percuma oleh kerajaan.

Keretaburuk

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template