Monday, August 3, 2009

Nasib baik Khairy tak kata, yang berhimpun 1 OGOS itu adalah sekumpulan beruk2

Oleh keretaburuk

“Isu ISA ini sudah lama dipolitikkan dan yang keluar semalam bukannya masyarakat umum tetapi ahli politik pembangkang di mana mereka diwajibkan oleh ketua mereka supaya menghadiri perhimpunan tersebut.

“Ahli politik pembangkang dan penyokong mereka yang berarak dan berkumpul di ibu pejabat pergerakan parti itu di Kuala Lumpur. Lainlah kalau rakyat jelata yang bangkit tetapi ini bukan, cuma ahli parti pembangkang yang membuat kacau,” kata beliau.-utusan pengampu tak habis2


Khairy ni tak boleh nak beza kucing dengan lembu.

Kenapa Khairy tidak boleh menerima hakikat bahawa rakyat jelata sudah membenci UMNO/BN?

Kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa penentangan rakyat terhadap UMNO/BN diterjemahkan di jalan raya 1 ogos itu lebih ramai berbanding pro ISA yang dapat dikumpulkan seekor dua.

Sedarkan lah diri wahai Khairy, jangan cemburu. Bilangan rakyat yang menentang UMNO/BN semakin bertambah, puncanya adalah dari UMNO/BN sendiri.

1 OGOS, rakyat berkumpul itu adalah rakyat jelata. Bukan rakyat indon mahupun rakyat bangla.

Rakyat jelata yang ditindas oleh UMNO/BN, bangkit menyokong agenda yang dibawa oleh pakatan rakyat menetang kekejaman dan kezaliman UMNO/BN.

Mereka berkumpul adalah atas dasar tanggungjawab dan hak untuk rakyat kini dan generasi masa depan, menentang kezaliman yang di bawa oleh UMNO/BN.

Terimalah hakikat Khairy, UMNO/BN sudah tidak diterima oleh rakyat jelata lagi

dan jangan sesekali memberukkan orang lagi.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template