Monday, August 10, 2009

Harap2 orang tua ni tak kena N1H1 di Perth

Oleh keretaburuk


‘Kerana itu saya meminta rakyat jangan sekali-kali mengorbankan masa depan mereka memilih pembangkang hanya kerana satu dua kelemahan BN yang sebenarnya boleh dan sedang diperbaiki. Hanya kerana pihak itu menjanjikan ‘bulan, bintang dan syurga’, kita terus memilih mereka. Rakyat perlu realistik,” katanya.(muhyiddin utusan 9ogos)

Tertarik dengan kata2 muhyiddin berkenaan kelemahan BN seketul dua yang sebenarnya boleh dan sedang diperbaiki.

Kita cabar muhyiddin sepertimana dia mencabar anwar ibrahim untuk mengambil tindakan saman. Muhyiddin perlu buktikan, jangan sekadar bijak berkata kata memperbodohkan rakyat.

Boleh dan sedang diperbaiki. Rasuah dalam BN. Itu adalah kelemahan terbesar pemimpin BN. Pemimpin BN yang sudah jelas makan rasuah, hadapkan mereka2 ini ke muka pengadilan.

Penyakit muhyiddin = retorik.

Hanya kerana pihak itu menjanjikan ‘bulan, bintang dan syurga’, kita terus memilih mereka kata2 muhyiddin ini sebenarnya tidak realistik, memanglah pakatan rakyat tidak mampu untuk menjanjikan bulan, bintang mahupun syurga. hahaha...

hahaha..yang pasti jika rasuah berterusan dalam kerajaan UMNO/BN, janji Allah sudah pasti iaitu neraka jahanam untuk mereka.

sudah2 lah kerja perbodohkan rakyat. Ambil iktibar nasihat pak lah tempoh hari...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template