Tuesday, August 4, 2009

Hahaha, kenapa UMNO/BN tak buat agihan kain pelikat sehelai sorang untuk mengajak lebih ramai rakyat turun demo sokong ISA, mau dpt kumpul 2 juta org

Oleh keretaburuk

PEKAN 4 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan polis menyiasat kemungkinan wujudnya pemberi upah kepada sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu.
Tegas Perdana Menteri, pihaknya tidak menolak kemungkinan perhimpunan tersebut didalangi pihak tertentu dengan mengupah para peserta menyertai demonstrasi jalanan tersebut.
``Mungkin ada. Kita minta polis siasat dan siasatan memang sedang dijalankan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Zon Ekonomi Khas (SEZ) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Projek Agropolitan Pekan di Kampung Runchang dekat sini hari ini. - Utusan pengampu


''Anak-anak muda yang mengambil bahagian ini secara sinis mengatakan mereka terima upah untuk berarak. Ini agak mengejutkan pihak penganjur kerana mungkin tidak menyangka rahsia mereka akhirnya bocor juga.-Rais Yatim

Semalam Khairy kata, yang berhimpun 1ogos bukan rakyat hadir menetang ISA tetapi penyokong2 pembangkang dikerah oelh ketua mereka untuk berdemontrasi di atas jalan raya.

Hari ni, pemimpin UMNO menuduh PR bahawa, yang ramai2 buat kecoh pada tanggal 1ogos adalah mangkuk2 yang diupah oleh PR untuk menyertai perhimpunan mansuh ISA.

Pemimpin UMNO rasa cemburu berikutan sambutan rakyat sangat baik pada 1ogos menunjukkan dimana begitu ramai rakyat bersama2 PR menetang kerajaan UMNO/BN.

Najib, ini bukan cara PR seperti mana UMNO kasi wang untuk raih undi dari rakyat. PR tak perlu itu semua.

Najib takkan percaya, sesuatu yang terjadi itu bukan disebabkan faktor duit.

Lihat lah UMNO/BN, mereka hanya percaya dengan duit sahaja yang mampu untuk menarik perhatian rakyat untuk mengundi BN. Maka mcm2 lah janji2 untuk memperbodohkan rakyat jelata.

Najib, metalitinya sudah berkarat dengan wang ringgit, kenapa? pemikirannya sudah di kawal dengan wang ringgit, di kepala hotaknya, semua yang berlaku disekeliling adalah disebabkan oleh wang ringgit.

Mungkin pengangan falsafah najib adalah ' ada duit, semuanya jadi'.

Semuanya berlaku adalah disebabkan wang ringgit.

Faktor wang penyebab sesuatu perkara itu terjadi sangat kuat.

Najib mungkin tidak akan percaya bahawa tanpa wang ringgit semuanya takkan jadi kenyataan.

Lihatlah 2 ekor adun lompat dari parti PKR di perak dan seekor dari DAP jadi katak bebas.

Adun2 ini melompat keluar parti adalah disebabkan faktor wang ringgit. Bukan disebabkan air liur najib berkata kata manis memujuk wakil rakyat perak itu keluar parti.

Apa yang telah dilakukan oleh najib menyebabkan beliau percaya bahawa, rakyat yang begitu ramai turun ke jalan raya menentang dasar zalim UMNO/BN adalah disebabkan rakyat dipengaruhi oleh duit.

Kerana duit, bukan kerana rakyat membenci dan membantah akta zalim ISA tersebut.

Najib menghina rakyat malaysia.

Memberi maksud bahawa rakyat malaysia ini mudah diperhambakan oleh wang ringgit.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template