Sunday, August 2, 2009

Buletin Utama 2 OGOS, sesi memburukkan pakatan rakyat dan sesi rakyat jelata diperbodohkan cukup2

Oleh keretaburuk

Menteri Wilayah Persekutuan di buletin utama bukan main pandai cakap.

kepala hotak menteri ni boleh di buat mata cincin.

1 ogos, orang meniaga mengalami kerugian rm100 hingga rm200 juta kerana hari sabtu hari minggu orang ramai keluar untuk membeli belah dan kata menteri ini juga, orang ramai nak membeli belah untuk persiapan raya.

Hahahahahahaha....

Aku rasa, jikalau perhimpunan rakyat berlaku pada bulan ramadan atau seminggu dua nak raya, mau kerugian yang dialami peniaga mencecah rm 100- 200 billion.


---------------------------------------------------------------------------------

seorang penonton send email pada tv3, mempersoalkan tindakan pembangkang. kenapa takut ISA jika tidak bersalah?

Pengirim email ini tidak faham modus operandi ISA. Kenapa pengirim email yang bebal ini persoalkan PR kenapa hendak takut ISA kalau tidak bersalah? bebal bebal...ISA boleh sah diguna pakai bagi orang yang tidak bersalah pun mereka tangkap tanpa melalui perbicaraan yang telus. Sebab itu hisamudin rais buat lawak, ISA boleh diguna pakai ke atas seseorang atas pelbagai sebab seperti tidak memakai seluar dalam pun boleh dikenakan tindakan ISA kerana boleh mengancam keselamatan negara.

Aku harap ISA dapat bertimbang rasa bagi mereka yang memakai seluar dalam yang tidak dibasuh berhari-hari.

--------------------------------------------------------------------------------


Dr Mahathir, kondem Anwar Ibrahim iaitu pencetus politik jalan raya. Banyak cara yang boleh dibuat oleh pembangkang selain berhimpun di jalan raya.

cara macam mana lagi kalau bukan berdemo dijalan raya.

Guna media untuk meluahkan rasa tidak puas hati? tidak ada tempat untuk pembangkang bercakap soal kebenaran di media2 pengampu kerajaan. sebab itu pembangkang turun ke jalan raya.

Cara macam mana lagi wahai mahafiraun? akhbar2 harakah, keadilan adalah cara pembangkang menyampai maklumat dan membangkang dasar kerajaan, tapi cara ini kerajaan UMNO/BN merampas akhbar2, mengugut penjual2 suratkhabar, tak bagi permit penerbitan. cara apa lagi mahathir? cuba cakap

Blog, penulis blog dipenjarakan, di ISA kan. Menghalang orang ramai mengakses laman2 web pembangkang. cara pap lagi mahathir? cara apa lagi kalau bukan dijalan raya.

------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template