Wednesday, August 26, 2009

BN kalah sebab rakyat tolak perubahan dan pembanguna

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, keputusan pilihan raya kecil itu menunjukkan penduduk di Permatang Pasir tidak mahukan perubahan yang cuba dibawa BN ke kawasan tersebut.
Sehubungan itu katanya, tidak wajar untuk menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan BN di dalam pilihan raya kecil itu.
''Saya fikir jentera kita adalah yang paling kemas tetapi nampaknya inilah yang penduduk Permatang Pasir mahukan, jadi kita kenalah terima.
''Penduduk memberi mesej bahawa mereka tidak mahukan perubahan, jadi kita jangan salahkan calon, jangan juga salahkan jentera," ujarnya.
Ditanya sama ada jentera BN menerima kerjasama sepenuhnya daripada parti komponen dan UMNO di peringkat bahagian, Ahmad Zahid berkata, secara keseluruhannya prestasi jentera BN sangat memuaskan.(UTUSAN UMNO 26.OGOS)


Bila berlaku P.raya, rakyat lah nyawa,belian, intan payung bagi puak2 BN. Bila mereka kalah, mereka menyalahkan penduduk permatang Pasir tidak mahukan pembangunan dan perubahan yg dibawa oleh BN ke kawasan tersebut.

Kenapa menyalahkan rakyat bila tersungkur kalah? nilai dulu diri sendiri macam mana, bersih ke atau bergelumang dengan tahi2 yang dicipta oleh masing2. Kenapa nak buat kajian faktor penyebab kekalahan BN jika menyalahkan undi dari rakyat?

Pak Lah sudah berpesan kepada Bn sebelum pilihanraya lagi, rakyat sekarang tidak boleh diperbodohkan lagi, rakyat mudah mendapatkan maklumat.

Janji2 UMNO/BN sebagai pemerintah kerajaan pusat kepada rakyat Permatang Pasir terang2 tidak akan diperdulikan oleh mereka lagi apabila mereka menyalahkan rakyat Permatang Pasir menolak pembangunan sebagai faktor kekalahan.

keretaburuk

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template