Wednesday, August 26, 2009

Bila berlangsung pilihanraya, rakyat lah segala-galanya

Rakyat hanya berguna dan bernilai kepada BN apabila berlakunya pilihanraya. Rakyat tidak minta apa pun. Ketika ini lah wakil calon BN memperhambakan diri kepada rakyat. Mcm2 kerja wakil calon BN buat untuk rakyat, kopek kelapa? panjat kelapa, urut orang tua sakit, mcm2 calon BN boleh buat.

Mcm Wan Farid calon UMNO yg kalah PRK parlimen KT, sebelum ada PRK, watak sebenarnya adalah seorang yg sombong dgn penduduk setempat, bila dicalon dalam PRK terus berubah watak, masih ingat yang beliau mendukung seorang nenek tua yang sakit masuk ke dalam kereta. Sungguh mulia Wan Farid ketika itu dan bersedia diperhambakan oleh rakyat.

Begitulah UMNO/BN. Ketika PRU dan lebih2 lagi berlaku PRK, rakyat lah belian, emas ,intan payung, minta lah apa saja, pasti BN tunaikan. Semuanya wangi semerbak bagi UMNO/BN. Ketika ini elok benar dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamankan'.

Tapi bila keadaan sebaliknya rakyat bagaikan kucing kurap. Apabila rakyat meminta ISA dan PPSMI di mansuhkan, rakyat diperlakukan seperti binatang.

keretaburuk.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template