Tuesday, August 11, 2009

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Oleh Tempe Goreng

Bersesuaian dengan perkembangan negara malaysia ini yang dibina dengan masyarakat majmuknya makanya perpaduan menjadi isu yang agak penting. Manakan tidak keretakan dalam soal hubungan antara kaum terutamanya isu yang berkait rapat dengan sensitivti agama dan kaum disentuh. Apa yang menjadi kerisauan hari ini yang patut kita risaukan adalah perpaduan rakyat di bumi bertuah Malaysia ini masih lagi lompang dan memiliki jurang yang besar. Jelas dilihat dalam penguasaan dominan kaum tionghua dalam perniagaan dibandar-bandar, pemilikan rumah-rumah dilokasi strategik di kota metropolitan, bidang kerja awam yang majoritinya masih tidak seimbang dengan kepentingan perpaduan. kawasan taman perumahan biasanya diasingkan diantara Melayu, Cina, India dan sebagainya. Seolah-olahnya tidak boleh hidup bersama diantara satu sama lain dalam satu kejiranan sebelah menyebelah. Tambahan pula sekolah wawasan atau integrasi atau kluster yang bertujuan menyatupasukan sisten pendidikan dalam satu kompleks sekolah yang menampung kemajmukan masyarakat Malaysia agak suram kewujudannya. Sekolah kebangsaan atau berteraskan bangsa masih lagi diberi status besar mewakili identiti kaum atau sesuatu bangsa. Lantas model perpaduan waima 1 Malaysia sekalipun gagal dalam meneguhkan hati masyrakat berlainan bangsa menjadi hati bangsa Malaysia.

Baru-baru ini sahaja kita pasti membaca dan mendengar keratan akhbar mengenai isu saudara Islam kita saudara Ridhuan Tee Abdullah dicerca dan dihina oleh seorang kafir meskipun mereka adalah sebangsa. Jelas dalam kenyataan dan pendapat beliau menyatakan menhghamilkan seseorang wanita sebelum bernikah atau berkahwin secara sah dalam perkahwinan biasa bagi masyarakat bukan muslim adalah tidak baik. Amalan ini sebenarnya menjadi satu topik yang berkait dengan maruah, moral dan pertimbangan yang lemah seseorang warganegara itu merujuk kepada agama masing-masing. Adakah Buddha atau Kristian benarkan penganutnya berzina, lakukan seks bebas dan sebagainya. Persoalannya adalah nafsu dan cinta yang tidak memandang adanya benteng agama sebagai penahan nafsu dan akal manusia yang dangkal.

Saudara Ridhuan Tee dicerca bermakna Islam pun dicerca. Tapi berapa orang Islam dikalangan bangsa Melayu tegas berdiri membela kenyataan saudara Islam kita ini?
Tiada dan tidak kedengaran langsung. Macam iabaratnya pandai buat pandai tanggung. Padahal kenyataan beliau sebelumnya mempertikai bagaimana adanya anak sebelum bernikah. Tidak tahulah jika memang ada kedapatan Orang Cina dalam Masyarakat Cina yang berfikiran boleh seks dan berzina sebelum nikah pada zaman ini. Saya mengambil kira kepada kewujudan pelbagai bentuk hiburan hedonisme yang menjadi satu budaya yang kemestian atau kebiasaan menjadikan semua masyarakat di Malaysia ini menjadi bangsa yang sukakan hiburan semata-mata. Lihat sahaja alat hiburan yang kita ada, bangunan KTV karaoke, pusat membeli-belah dan sebagainya lagi.

Program Khidmat Negara dilihat satu wadah menyatupasukan generasi muda Malaysia dalam ruang lingkup kenegaraan dan kemalaysiaan. Jelas satu tindakan dan keputusan yang baik dibuat oleh pihak kerajaan. Namun pengisian dan cara pengimplementasian hal perpaduan itu perlu ditambah baik lagi. Pengisian untuk peserta muslim sepatutnya lebih kepada pengisian rohani dan agama. Ini bagi memantapkan akidah dan memberi mereka satu ruang dan penegasan solat lima waktu dalam sehari semalam. Sesuai dengan keadaaan pada masa ini yang memerlukan adanya penglibatan semua kaum supaya hati berlainan bangsa menjadi satu bangsa malaysia yang bersatu padu.

Pada hakikatnya jauh lagi perpaduan dapat digemblengkan dengan menjadikan rasa puas hati semua pihak. Ini kerana kerajaan pada hari ini tidak secara menyeluruh mengawal dan membuat dasar secara betul dan tepat demi perpaduan yang boleh dibentuk melalui undang-undang yang lebih berprinsip dan hemah.Buat apa kalau bercakap banyak-banyak tetapi menerima duit rasuah. Buat apa kerja penat-penat ikut resmi dan undang-undang negara kerana tak untung dapat duit pun. Jadi tepuk dada tanyalah iman anda. Tanyalah akal budi anda yang baik. Wassalam.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template