Sunday, August 30, 2009

Ayam berkokok, harga dedak naik

Pendapatan bawah RM3,000 dibantu - TPM

MUAR 29 Ogos - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan membantu menambah pendapatan kira-kira 40 peratus rakyat negara ini yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.

Selain itu, kata Timbalan Perdana Menteri, kerajaan juga akan menyelesaikan sepenuhnya masalah kemiskinan tegar yang melibatkan kira-kira 44,000 penduduk bandar dan luar bandar pada penghujung tahun depan.

"Kita hendak lihat dalam dua tahun ini usaha yang lebih tertumpu untuk tambah pendapatan terutama melibatkan mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan kerana mereka adalah 40 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini.


40% daripada jumlah penduduk negera ini berpendapatan bawah RM3000 sebulan. Kita lihat kakitangan awam teramai hampir 300 ribu guru di bawah kementerian sembab Muhyiddin. Tengok gaji guru baru lepasan KPLI adalah bawah RM3000. kalah dengan gaji MA dengan elaun kritikalnya dan OTnya. Jangan pandai cakap je, ingat, kakitangan awam teramai adalah bawah kementerian al-sembab.

Hairan juga apabila pak menteri ini tiba2 berkokok untuk membantu pekerja gaji bawah RM3,000. Tidak pula menyatakan bentuk "bantu" bagaimana.

Dulu kesatuan pekerja buat piket supaya diberi elaun cola RM300, kerajaan BN pekakkan telinga je.

Jangan berkokok banyak sangat, yang penting buat. Al-sembab ini selalu cakap tak habis, tak terang. Bentuk bantuan mcm mana tak dijelaskan untuk membantu pekerja berpendapatan bawah RM3,000. Mcm PPSMI juga, bercakap macam kemut kemut kentot. Tak jelas.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template