Thursday, August 6, 2009

Alkisahnya arak arakian...

Oleh Tempe Goreng

Selangor negeri paling maju di Malaysia. Tapi hutangnya sewaktu pentadbiran BN adalah yang paling tinggi dikalangan negeri-negeri lain. Selangor juga mempunyai sebuah kilang arak terbesar di Asia Tenggara. Khusus bagi pengedaran kawasan Asia Tenggara dan pengeksportan ke Asia juga pasaran Eropah. Apa nak buat? pelaburan asing dari luar negara yang menyuntik modal wang pengaliran asing masuk ke kantung wang negara dan Selangor juga hasil pelaburan. Pulangan lain termasuklah pelung kerja dapat diwujudkan dan rakyat Malaysia mampu bekerja menyara dengan bekerja di kilang Arak itu.

Ada pula kejohanan bola sepak di peringkat Asia Tenggara menonjolkan jenama satu pengeluar arak dari Singapura. Apa nak buat? Wang dana untuk tajaan bagi sukan pun hasilnya dari syarikat arak. Ada juga di Malaysia satu kejohanan ragbi peringkat antarabangsa melibatkan tajaan secara rasmi dari syarikat pengeluar arak terbesar dari Eropah. Apa nak buat?

Kenyataan Ronnie Liu yang agak sindir kepada rampasan arak baru-baru ini agak sinis dan mengaibkan agama Islam. Beliau memang kafir zimmi yang bodoh dengan syariah Islam. Beliau orang Cina yang biasanya menganggapkan arak adalah satu cara hidup zaman moden ini walaupun bukan semua orang Cina berkehendakkan minum arak. Dalam menguatkuasakan undang-undang ciptaan manusia dalam memerangi gejala dan kesalahan dosa besar meminum arak dikalangan umat islam ada pihak kafirun yang menghalang secara terbuka. Itulah sudah dikatakan undang-undang manusia. Tak mampu halang secara kuat dan tegas. Ada sahaja tangan-tangan dan orang-orang suka memabukkan diri mereka dengan arak atau alkohol tidak suka undang-undang pengharaman arak. Shah Alam Selangor bandar arak kah? Tapi kilang araknya terbesar bersebelahan dengannya di Subang Jaya / Petaling Jaya. 7E pun agak berlambak cawangannya maka ia mudah menjualkan arak secara terbuka kepada orang Islam. Sepatutnya kedai sebaneka 7E patut diharam menjual arak atau alkohol atau dilarang membuka premis perniagaan 24 jam lagi. Ketegasan pihak berkuasa dan badan pencegah dan penjaga aganma di Malaysia ini ada musim pasang surut. Tak konsisten dan teguh pelaksanaannya. Dalam apa segi pun pasti ada sahaja excuse itu excuse ini.

Tepuk dada tanya iman
Pakatan Rakyat bangunlah perangi arak yang akan menghancurkan manusia tidak kira Islam, Buddha, Kristian, Hindu atau Atheis sekalipun.

Kerana setitik arak bisa memabukkan dan mendorong sesorang itu melakukan apa-apa jenayah atau kesalahan termasuk berzina atau sex tanpa nikah, membunuh, merempit membunuh diri atau sebagainya lagi.

Pokoknya sekarang berdiri teguhlah kita semua dibelakang pemimpin seperti Dr Hassan Ali yang tegas memerangi kehalalan arak pada masa kini.

p/s : Saya baru sahaja membuat tinjauan di Damansara di suatu pusat membeli belah yg agak privacy atau sunyi ada restoran menghidangkan arak atau menjual arak secara promosi terbuka. JAIS atau Kerajaan Selangor pasti dipersoalkan di akhirat kelak. Tegaslah dan teguhlah memerangi arak yang memusnahkan hidup manusia.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template