Sunday, August 9, 2009

3 juta murid akan tercicir bahasa inggeris atau 3 juta murid akan tercicir dalam subjek sains dan matematik?

Oleh keretaburuk

PERTH 8 Ogos - Dianggarkan tiga juta murid akan keciciran dalam penguasaan bahasa Inggeris jika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dimansuhkan.(Muhyiddin, utusan 8 ogos)

Bagus lah kalau dah benar2 sedar keburukan dasar bodoh yang dibawa oleh fahaman mahathirisme. Dasar yang mementingkan kroni2 lapar berbanding dengan keperluan rakyat jelata.

Hakikatnya, bukan bahasa inggeris yang tercicir tetapi penguasaan ilmu sains dan matematik dikalangan pelajar yang akan tercicir habis.

Ada sesiapa disini ada mempunyai teori atau kajian leteratur yang lepas menyokong bahawa sesuatu bangsa mempelajari ilmu melalui bahasa lain dapat menguasai ilmu tersebut. Ada tak?

Pelajar yang mempelajari matematik melalui kiraan batang2 lidi (ini bukan kaedah tradisional chalk & talk) lebih baik daripada pelajar belajar matematik melalui teaching courseware. Belajar matematik melalui skrin lcd, masa terbuang disini.

Lebih2 lagi sekolah rendah, pendekatan ini langsung tidak sesuai. Pelajar matematik melalui inkuiri adalah lebih berkesan daripada pelajar belajar matematik terganga mulut2 melopong melihat skrin mengajar matematik. Fitrah kanak2 adalah bermain dan kanak2 bukan pendengar yang setia. Belajar secara bermain/inkuiri adalah cara yang baik. Bukan sahaja bahasa inggeris gagal diintegrasikan dalam matematik, malah kaedah yang digunakan dalam PPSMI turut gagal.

Sains sekolah rendah menerapkan unsur belajar melalui pengalaman harian mereka. Disekolah belajar dlm bahasa inggeris, dirumah cakap dalam bahasa melayu, bagaimana mereka hendak aplikasikan apa yang dipelajari disekolah dalam kehidupan seharian mereka. Objektif pembelajaran tak tercapai. Pergilah google, apa itu pembelajaran bermakna. Jangan nak sokong membabi buta bahasa inggeris bahasa dunia, bahasa inggeris penting dikuasasi, kerana sains dan matematik banyak diterjemahkan dalam bahasa itu, patut org melayu tingkatkan bahasa inggeris. Aku pun hairan, ada pro2 pembangkang ikut sama bangang sokong PPSMI membabi buta dengan membawa pandangan masing2 tetapi secara batinnya tak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada anak2 kita.

Balik rumah, tengok buku teks sains anak anda, contoh sains tahun satu. Adakah anak2 ini mempelajari sains atau mempelajari subjek bahasa inggeris?

Sekolah menengah, menerapkan unsur2 kemahiran manipulatif. Adakah pelajar juga perlu mahir berbahasa inggeris untuk menguasai kemahiran manipulatif dalam sains? sebab tu budak melopong bila nak buat amali kerana prosedur2 di terjemahkan dalam bahasa inggeris.

Nak belajar mengira matematik, halangan bahasa inggeris

Nak belajar ilmu alam, halangannya juga bahasa inggeris

Akhirnya, habuk pun takdak

Jangan bercakap soal kepentingan penggusaan bahasa inggeris untuk menguasai ilmu sains matematik. bercakap soal pentingnya belajar bahasa inggeris, bahasa dunia.

Ramai rakyat diluar sana hanya faham/tahu dan menyokong bahawa belajar bahasa inggeris dalam matemati sains baik kerana sumber2 ilmu ini banyak diterjemahkan dalam bahasa inggeris. Oleh itu anak2 kita hendak kuasai ilmu sains matematik tapi syaratnya adalah dalam bahasa inggeris? gila.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template