Tuesday, July 14, 2009

PPSMI dasar yang gopoh

Oleh Tempe Goreng

Saya terkesan dengan isu-isu berkenaan PPSMI yang menjadi buah penangan seperti ibarat meludah ke langit kena muka sendiri. Ibarat dah terjatuh baru nak terngadah. PPSMI atau pembelajaran melibatkan medium bahasa inggeris dilihat sebagai tidak praktikal dalam ruang lingkup bahasa rasmi kebangsaan. Jika dilihat senario kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar rasmi Malaysia Bahasa Melayu dikira sebagai bahasa yang tidak penting. Penting lagi Bahasa Inggeris kata Muhyiddin Yassin. Sebab itu beliau tidakteragak-agak mewajibkan syarat lulus SPM adalah lulus Bahasa Inggeris.

Ruang lingkup bahasa Melayu yang sepatutnya mampu mengangkat ketamadunan bahasa Melayu dalam kepulauan nusantara dilihat seperti menemui ketandusan bahasa dan berbahasa. Pendek kata segala segi hari ini mementingkan bahasa Inggeris sahaja.Lihat Jepun, Perancis, Itali dan Negara Arab bahasa penghantarnya untuk pembelajaran dan pengajaran adalah bahasa inbunda. Tapi, Parti pemerintah yang asalnya bertunjangkan kepada idea Tun Mahathir mahu sc dan Mate diajar dalam BI secara tergesa-gesa dan tidak menimbangkan kesannya terhadap ketamadunan Bahasa Melayu itu sendiri.

Memang senang bercakap itu ini bagi memenangkan kewajaran PPSMI dalam konteks waktu ini tapi lihatlah generasi akan datang tidak akan memandang bahasa Melayu sebagai bahasa yang penting kerana Inggeris lebih glamer katanya. Ataupun mereka yang tidak mampu faham dalam Inggeris akan Sc dan Mate bertambah buruk penguasaannya.

Tepuk dada tanya iman
Ada akal fikir bulat-bulat bukan menimbangkan secara berat sebelah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template