Thursday, July 23, 2009

naikkkkkk......naikkkkkkkk...naikkkkkkk lagi

Oleh keretaburuk

Hari raya hujung bulan 9 2009. Duit utk duit raya, duit utk beli tepung gandum, majerin, bla bla bla utk buat kuih,duit beli ayam, daging utk lauk pauk, duit utk beli baju raya untuk anak bini, duit minyak kereta, tol lagi nak pergi beraya, bla bla bla...

Bulan 8 2009. Tambang p'gangkutan awam naik dan tarif elektrik naik. Tempat aku selalu black out, servis macam tahi tarif elektrik nak dinaikkan. sebab tarif naik, kos arang batu naik. celaka, TNB pakai arang batu atau gas asli?

Bulan 9 2009. Harga bahan api naik 20 sen. Aku tak tahu alasan apa yang mahu dipakai oleh konco2 BN. Alasan lapok mereka, rizab tenaga negara hampir habis dah nak kering telaga minyak, tahun 2013 negara sebagai pengimpor minyak, dan bla bla bla... memang celaka, nasib baik aku tidak berada dlm kelompok yang jumut dan tidak berada di luar kawasan liputan dimana rakyat dibrainwash oleh tv1, tv2, tv3 dan akhbar pengampu sahaja tanpa maklumat alternatif. Contoh mcm manik Urai. Dasar pembodohkan rakyat, sebaliknya bekalan minyak di kelantan cukup utk kegunaan 500 tahun. Bukan seperti alasan lapok konco2 BN bahawa bekalan tenaga negara dah nak kering.

lagi celakanya kepada rakyat, harga tambang naik bulan 8 manakala harga bahan api naik bulan 9. harga tambang dahulu yang naik bulan berikutnya harga bahan api pula.

persoalannya... pemandu2 teksi, syarikat bas berpuas hatikah dengan kenaikan tambang bulan 8 nanti? kerana harga bahan api pula akan naik pada bulan 9. Dengan itu, kenaikan harga tambang pada bulan 8 nanti tidak membawa apa2 makna pun. Bulan 8 dan bulan 9 harga ayam naik, garenti punyeeee lah. Padan muka rakyat yang dungu.

sape bodoh? rakyat...sape bodoh? rakyat... Undi lah Bn lagi

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template