Wednesday, July 29, 2009

Layanan media pengampu- Antara nasib penduduk Kg Pala dengan Penduduk Kg Berembang dan Kg Chubadak

Oleh keretaburuk

Media pengampu bermati-matian memperjuangkan nasib penduduk kg pala pulau pinang.

Media pengampu sungguh tidak adil. Kenapa tidak adil, sebab mengampu melampau lampau dan yang bermasalh itu adalah di negeri pakatan rakyat bukan negeri BN.

Mari kita bandingkan dua peristiwa antara nasib penduduk kg berembang, kg chubadak di KL dengan nasib penduduk kg pala pulau pinang dibawah pemerintahan pakatan rakyat.

Nasib antara penduduk ini serupa, isunya ialah rampasan tanah.

Ketika isu penduduk kg berembang dan chubadak dulu, nasib mereka tidak dibela oleh media pengampu seperti mana nasib penduduk kg pala terus dibelai manja oleh media pengampu dan memburukkan kerajaan PR.

Keganasan pihak berkuasa keatas penduduk kg beremabang dan kg chubadak dengan meroboh rumah-rumah penduduk dan surau secara zalim langsung tidak diperdulikan oleh media2 pengampu.

Sesungguhnya di sini, media tidak berlaku adil kepada penduduk kg berembang dan kg chubadak seperti mana penduduk kg pala.

Sesungguhnya juga dari liputan media pengampu berkenaan isu kg pala, pemimpin melayu UMNO adalah sangat2 malaun berbanding dengan pemimpin MIC samy vellu.

Lihat samy vell, 1 bintang utk beliau. Beliau berhasrat untuk menebus kembali tanah penduduk kg pala tetapi ini tidak berlaku dikalangan pemimpuin2 melayu2 UMNO.

Melayu2 UMNO bukan sahaja tidak mahu mebela nasib penduduk kg berembang dan kg chubadak mahu pun untuk menebus tanah seperti samy vellu mahu lakukan tetapi demi keuntungan duit poket sendiri dan kroni, matlamat menghalakan cara. Meroboh kan surau, meoboh kan rumah2 dan mengkasari penduduk2 ala rampasan cara tentera yahudi.

Zalim, roboh rumah dan masjid, rampas tanah secara paksa, rasuah, rakyat kena tembak, minyak dan barang naik, tetapi keadaan ini langsung tidak dapat mengubah kerajaan memerintah.

Selagi masih ada rakyat yang dunggu dan rakyat yang mudah didunggukan oleh 1 Malaysia dan terus mengundi UMNO/BN, masalahnya adalah rakyat itu sendiri.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template