Saturday, July 25, 2009

Jangan jadi bodoh la...

Oleh keretaburuk

Golongan muda perlu bijak pilih pemimpin - Razali

ALOR SETAR 24 Julai - Golongan muda perlu memahami perjuangan parti supaya mereka tidak digunakan oleh pihak tertentu untuk merebut kuasa.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata, golongan muda perlu tahu dan benar-benar yakin apa yang dilakukan akan membawa kebaikan kepada masa depan negara.
- akhbar maha pengampu

Kenapa pemimpin UMNO sukar untuk menerima hakikat bahawa golongan belia kini cerdik memilih pemimpin tidak seperti belia zaman mahathir atau sebelumnya.

Bukan nak kata belia zaman dulu tak cerdik pilih pemimpin berbanding zaman sekarang. Tapi kalau sebaliknya berlaku dulu, tak perlu kita nak tunggu tsunami PRU 13 lalu kan.

Orang yang cerdik, akalnya boleh beza yang mana baik dan yang mana buruk. Mana makan rasuah dan yang mana merompak wang rakyat.

Orang yang tidak cerdik atau bodoh sahaja yang tidak boleh membuat pernilaian perkara tersebut.

Jangan cakap bodoh, memang dah bodoh.

UMNO/BN ni, dianggapnya belia itu cerdik jika belia itu ikut telunjuk bontot mereka.

Miskin dan bodoh adalah produk yang baik untuk BN menyambung hayat pemerintahan mereka.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template