Thursday, July 9, 2009

Dah mansuh, tapi kena tunggu 3 tahun lagi

oleh keretaburuk

Dah mansuh, tapi kena tunggu 3 tahun lagi, umpama penghuni tinggal dalam rumah nak roboh, tapi tunggu roboh dulu baru nak keluar rumah

PPSMI, dasar yang gagal.

Kabinet memperakui dan terbukti bahawa PPSMI adalah dasar yang gagal.

Tetapi kenapa dasar yang sah gagal ini dilambatkan permansuhannya? dasar kurikulum yang telah gagal diteruskan dan diberi titik tempoh sehingga tahun 2012.

Berbeza semasa dasar yang gagal ini mula dilaksanakan 6 tahun lalu dengan tergopoh gapah, tidak sampai 3 tahun pun seperti mana dasar tersebut mengambil masa hendak dimansuhkan apabila idea mahatirisme ini dicetus dan terus dilaksanakan tanpa kajian yg menyeluruh.

Dalam tempoh 3 tahun koma menunggu kematian pada 2012, kenapa pelajar masih terus mempelajari dasar ppsmi yang disah perakui gagal oleh TPM dalam tempoh masa 3 tahun dengan menggunakan bahan pembelajaran seperti buku teks dan seumpamanya. Atau cita2 mahu meneruskan dasar bodoh tersebut pada masa akan datang masih ada?

Dalam masa 3 tahun, macam2 boleh berlaku. Tempoh yang panjang. Kerajaan jangan mungkir janji.Dasar ppsmi yg dimansuhkan itu hampir dengan PRK Manik Urai. Mereka tipu kita 2012, pada tahun tersebut itu juga kita hukum mereka dengan PRU 13

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template