Tuesday, May 12, 2009

Kemenangan yang telus

Oleh Tempe Goreng


Baru-baru ini iaitu semalam diumumkan kembalinya tampuk kuasa MB Perak balik kepada kerajaan PR. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membuat keputusan untuk mengesahkan kedudukan Dato` Ir Nizar Jamaluddin sebagai MB yang sah setelah tiada undi tidak percaya dibuat, tidak mengisytihar letak jawatan dan rakyat tidak diberi peluang memilih MB mereka sendiri. Sebaliknya krisis politik yang berlaku di Perak merentap bahang kerajaan yang hanya memiliki kelebihan 3 undi dari adun bebas yang berpaling tadah asalnya.

Rakyat patut diberi peluang memilih kerajaan PR. Bukan Sultan Perak atau Sultan yang memilih MB. Dr M sendiri sebelum ini dengan tegas menyatakan sultan tidak boleh sekali-sekali campur tangan dalam perlantikan atau pemilihan seorang MB. Sultan hanya menjadi lambang sistem beraja Tanah Melayu dulunya dan dominasi kuasa beraja di Malaysia hanya melibatkan kepada agama dan adat istiadat melayu sahaja.

Lantas, diluar sana pelbagai kesimpulan dan pendapat yang mengatakan itu ini. Apakah kita terlalu demokrasi atau adakah kita berkepentingan terhadap sesuatu atau sebagainya. Rakyat adalah satu-satu cara bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak dengan diadakan semula pilihanraya peringkat negeri Perak. Akan adanya sinar adil dan telus dan lebih terbuka dengan rakyat menjadi pemilih yang lebih betul dariyang terjadi sebelum ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template