Wednesday, May 27, 2009

Bila Umno dan BN akan tumbang?

Oleh Tempe Goreng

Kalau ditanya kepada ahli umno dan semua orang yang sudah "otai" dengan UMNO pasti akan mencebik dan marah. Bila Umno dan BN patut berundur dari persada pemerintahan di Negara bertuah Malaysia ini. Sekarang ini dan sejak dari 50 tahun yang lalu UMNO dan BN telah membentuk satu gagasan perikatan parti-parti yang memperjuang kepentingan nasionalis dan kebangsaan semata. Kepentingan dan hak bumiputera dan hak-hak kaum lain dinilai secara saksama mengikut perlembagaan yang telah dipersetujui sejak sebelum merdeka lagi.

Pokonya sekarang ini juga telah mula timbul dan muncul bibit keruntuhan UMNO dan BN yang semakin jelas kelihatan. Budaya politik wang atau RASUAH dalam UMNO sekian lama melanda parti yang menunjangi Orang Melayu semata-mata. Pincang agama Islam yang menjadi dokongan dan pegangan hidayah setiap orang Melayu Umno tidak diambil berat. Makanya rasuah telah menjadi sebutir zarah dan telah pun menjadi barah yang sangat keji dan jijik dalam UMNO dan BN. Ada pemilihan perwakilan dan jawatan dalam UMNO dan BN pun memerlukan lobi dan pujukan untuk sokong dalam bentuk pemberian wang saguhati yang terang-terang distilahkan rasuah. Peringkat atasan sudah barah rasuah dan peringakat akar umbi dan bawahan di kawasan parlimen, bahagian dan kampung-kampung pun sudah menjadi budaya dan kebiasaan yang tak usahlah sekali-kali diperbincangkan.

UMNO dan BN semakin tidak efektif melalui dasar pemerintahannya yang pro kepada pecah dan perintah tinggalan penjajah kolonial Inggeris dahulu. Sekarang ini setiap bangsa dalam masyarakat majmuk Malaysia menitik beratkan kepentingan bangsa mereka dimana kepentingan menjadi bangsa malaysia tidak menjadi titik keutamaan dalam pemerintahan BN. PR yang dikira sebagai pakatan dan gabungan parti pembangkang boleh mengimbangi kebobrokan dan kebejatan kerosakan yang dialami oleh Barisan Nasional.

Di kala pemerintah di negara-negara seperti di Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Korea Selatan telah pun bertukar kepimpinan pemerintahan legasi persekutuan. Waima di negara jiran terdekat Malasyia di Thailand telah bertukar tampuk pemerintahan dari parti utama kepada parti yang berdaya saing dan lebih dekat dengan rakyat kebanyakan.

1 comments:

sol amano on May 27, 2009 at 12:03 PM said...

Jangan mimpi. sedara termasuk dlm golongan yg akan menggadai negara dan tunduk kpd telunjuk kuasa asing. Apa jenis pemimpin (DSAI) yg sanggup menghancur tanah air sendiri, menggadai bangsa melayu dan Islam. Malaysia yg aman damai ini akan huru hara sekirany PR memerintah. Sedara pun mungkin akan melarikan diri ke hutan sama macam sebelum merdeka. Gunalah akal yg tuhan anugerahkan kepada sedara utk berfikir panjang sebelum tuhan ambik balik akal dan jagi org gila kemaruk kuasa macam nizar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template