Thursday, April 9, 2009

Najib bukan gula-gula


Oleh Tempe Goreng




Selesai sudah Pilihanraya Kecil Dun Bukit gantang, Bukit Selambau dan batang Ai. Secara keseluruhannya BN yang diterajui oleh kepimpinan baru UMNO yang masih kurap ataupun korup tidak tercapai hajat menawan dua bukit itu. Sebaliknya hanya Batang Ai sahaja yang dapat dipegang. Hajat besar Dato` Najib mahu merampas dua Dun Bukit bukanlah cara yang sebenarnya boleh memenangkan BN. Perlu diingat isu Perak dan isu kepentingan rakyat sebelum-sebelum ini masih segar dan tidak akan lekang dari ingatan para rakyat marhaen di bawah sana.

Natijah yang jelas seperti yang kita maklum pelbagai provokasi dan berita gula-gula yang dimainkan di media massa proksi kepada BN memburukkan kepimpinan PR dan cuba melaga-lagakan mereka. Pendek kata padahari ini media arus perdana bukanlah pilihan yang tepat dalam mendapatkan sumber maklumat yang betul dan benar.

Rakyat semua sudah bijak dan tahu menaakul dengan waras adakah adil membandingkan kerajaan BN yang korup memerintah Perak selama lebih 50 tahun dengan Kerajaan sah PR Perak yang baru 11 bulan memrintah.
Rakyat sudah lali dengan momokan media massa atau elektronik proksi BN yang sentiasa memenangkan mereka sahaja tanpa ada kesedaran sivik dan akhlak yang baik dalam melaporkan berita atau perkara.

Tahniah YB Nizar !

Tahniah YB S. Manikumar!

Tahniah PR Pakatan Rakyat yang memayungi hak rakyat.
Sultan pun kita tak boleh harap sangat dapat memayungi rakyat. Hak-hak rakyat yang ditindas di bawah pemerintahan BN hanya dipandang sepi dan ringan sahaja.

Kesimpulannya, manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan. UMNO mesti cermin dan akui kelemahan dan kekurangan pentadbiran mereka. Sementara mereka menyedari kelemahan YB-YB mereka yang tidak mesra rakyat dan membantu kesusahan rakyat bawahan dan pertengahan serta sentiasa memberi kesusahan penggal demi penggal pemerintahan.
jadi rakyatlah sekarang yang mempunyai hak memilih dan telah membuktikannya dengan sewajarnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template