Tuesday, March 17, 2009

siapa hebat??

oleh Tempe Goreng

Kalau digelanggang tinju siapa hebat mike tyson atau holyfield?

Kalau di Amerika partinya diantara Republikan lawan demokrat

Kalau hitam lawannya putih

Sejak kerajaan PR Perak dijatuhkan secara rampasan kuasa melalui pembelian wakil-wakil rakyat PKR dan DAP yang berpaling tadah pelbagai peristiwa telah berlaku. Sedari barisan exco dan MB Perak yang sah dipilih melalui pilihanraya PRU 12 dihalau keluar dari bangunan kerajaan negeri perak. Seterusnya Setiap exco dan MB Nizar sendiri dipaksa menyerahkan harta kerajaan negeri termasuk kereta Camry juga rumah kediaman rasmi secara tidak bersopan dan bercara. Lantas juga tidak sampai 24 jam barisan exco kerajaan negeri perak BN dilantik dengan cukup pantas tanpa memberi ruang dan perkiraan yang adil kepada PR. Secara keseluruhannya setiap agenda dan perancangan politik hasil realisasi dan dakyah politik UMno dan BN telah berjaya menjatuh ranapkan kerajaan PR yang tak sampai umur setahun jagung pun.

Kalau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar menggunakan kuasa yang ada padanya menggantung keanggotaan Dr. Zambry dan exco-exconya dari menyertai persidangan dewan negeri. Manakala diperingkat persekutuan atau kuasa persekutuan di Dewan Rakyat Speaker Tun Pandikar Amin Mulia menunjukkan kuasanya iaitu menghukum dan melarang ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari masuki dalam persidangan Parlimen selama setahun.

Apakah ini suatu isu, peristiwa atau lipatan sejarah dalam lingkungan politik negara yang semakin tidak memberi ketenangan kepara rakyat. Adakah rakyat tidak boleh menidakkan kekuasaaan dulu dan kimi UMNO dan BN. UMNO dan BN harus ingat kuasa pemerintahan sekarang tidak selamanya mereka akan pegang atau kuasai. Ingatlah dan buatlah koreksi diri mereka bahawasanya rakyat marhaen dan golongan yang berada diperingkat bawahan dan sederhana terbeban dengan dasar dan amalan kuasa yang diamalkan oleh UMNO dan BN.

PR menjadi galang ganti yang patut apabila datang tepat pada waktunya mencorak dan menjadi pembeza yang jelas diantara BN dan PR.

Hidup PR !!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template