Wednesday, March 4, 2009

Bangsa dimajukan melalui bahasa masing-masing

OLEH KERETABURUK

p/s; berleter panjang sikit sebab hati dah panas

Perkembangan ilmu di Indonesia tidak kiralah ilmu matematik, sains, geografi, astronomi, ilmu jamu jaga badan mahupun ilmu jampi atau sebagainya disana mereka telah jauh meninggalkan kita.

Kenapa? kerana faktor bahasa.

Cuba anda cari maklumat berkenaan tugasan sains contohnya di enjin pencari seperti google atau yahoo, ilmu atau maklumat yang mahu anda perolehi itu disembahkan dalam bahasa Indonesia. Segala-galanya dalam bahasa Indonesia. Ini juga faktor kenapa mereka jauh meninggalkan kita dalam ICT. Bertuah rakyat Indonesia, mereka mempelajari ilmu persekitaran itu dalam bahasa mereka dan menjadi pandai melalui bahasa ilmu mereka.

Bahasa adalah satu cara. Manusia sejak dari zaman greek kuno mempelajari ilmu ketamadunan melalui bahasa dan menjadi pandai melalui bahasa masing-masing.

Orang arab menterjemahkan ilmu sains matematik berbahasa greek ini dalam bahasa arab. Di peringkat ini, orang arab mempelajari ilmu dan menterjemahkannya dalam bahasa arab. Di peringkat ini, orang arab masih belum berjaya dalam sains matematik kerana masih diperingkat mempelajari dan menterjemahan bahasa. Di peringkat ini dinamakan peringkat merompak ilmu.

Di peringkat seterusnya, maka banyaklah ilmu sains matematik dipersembahkan di dalam kitab dalam bahasa arab. Di peringkat ini, proses mempelajari dan menyelidik ilmu persekitaran itu rancak berlaku, maka lahir lah ilmuan agung yang terkenal seperti Ibnu Sina dan melata sarjana-sarjana islam di pelusuk arab dan orang eropah ketika eropah berada dalam zaman kegelapan mula mempelajari kitab-kitab ilmu ilmiah dari sarjana-sarjana agong islam arab.

Kita tinggalkan arab. Di indonesia, institut terjemahan di negara itu berkerja berbanding di Malaysia. Berkerja disini bermaksud kepada jumlah buku-buku kitab yang diterjemahkan dari bahasa asing ke bahasa Indonesia. Mereka merompak ilmu-ilmu dunia.

Di Malaysia, nak terjemahkan apa lagi. Semua buku-buku kitab ilmiah dipersembahkan kepada rakyat dalam bahasa inggeris. Ini juga faktor kenapa rakyat Malaysia kurang membaca. Macam mana hendak meningkatkan jumlah pembaca atau mahu meningkatkan jualan buku. Manusia mendapatkan ilmu pelbagai cara salah satu cara mudah ialah membaca, kerana membaca itu ilmunya dibentukkan sebagai bahan bercetak. Melalui membaca, ilmu pengetahuan atau pengalaman diperolehi lebih mudah dan pantas serta boleh dibawa kemana-mana tempat mahupun di dalam jamban sekalipun.

Di negara kita, kurang atau hampir tiada budaya merompak ilmu maka buku-buku kitab ilmiah banyak dipersembahkan dalam bahasa inggeris. Contoh, Seseorang (A) tidak tahu bahasa inggeris mahu mempelajari sesuatu melalui salah satu cara ialah membeli buku tersebut, A pergi kedai dan didapati ilmu yang mahu diterokai itu dipersembahkan dalam bentuk bahasa inggeris, nescaya A tidak mahu buku tersebut.

Saya telah jelaskan sebelum ini, membaca salah satu kaedah ilmiah bercetak yang pantas, mudah, menjimatkan masa dan boleh dibawa ke mana-mana sahaja walaupun berada di jamban. Jika seseorang seperti A membeli buku ilmiah berbahasa inggeris, mestilah bersama kamus dwi bahasa. Ini kerja membazir kerana tidak lagi mematuhi kelebihan bacaan bahan bercetak. Jika ada akibatnya berhenti sekerat jalan seperti mana anak-anak kita mempelajari sains matematik berbahasa inggeris di sekolah. Saya jelaskan sekali lagi, faktor ini juga penyebab mengapa rakyat Malaysia kurang membaca. Asyik-asyik nak menyalahkan rakyat.

Bahasa adalah cara. Mendapatkan ilmu melalui sesuatu bahasa. Menterjemah adalah proses merompak. Mempelajari ilmu melalui bahasa bangsa masing-masing adalah proses mempelajari ilmu. Menyelidik adalah proses memajukan tamadun bangsa itu. Ini adalah kitaran ilmiah yang telah dilalui oleh negara-negara maju di dunia seperti Jepun, korea, China, Jerman dan france.

Piramid di Mesir. Bagaimana manusia boleh membina piramid sebesar itu jika tanpa menggunakkan teknologi. Ilmu-ilmu teknologi agung keturunan firaun ini telah dipersembahkan di dinding gua melalui gambar dan bahasa mesir firaun ketika itu. Orang barat mahu menguasai ilmu firaun ini. Adakah orang barat mahu menguasai ilmu teknologi firaun ini melalui bahasa mesir purba? ini adalah mustahil. sebelum orang barat menguasai ilmu teknologi keturunan firaun ini, mereka perlu menterjemahkan bahasa dan gambar-gambar purba berkenaan ilmu itu kedalam bahasa inggeris. Ini yang dimaksudkan merompak. Orang barat akan menyelidik dan memahami teknologi purba firaun itu dalam bahasa mereka.

Bahasa inggeris bahasa dunia, buku-buku ilmiah banyak dipersembahkan dalam bahasa inggeris. Bahasa inggeris adalah bahasa ilmu sebab itu kena belajar sains matematik dalam bahasa inggeris? jangan jadi bodoh la.

Di Republik Chez, pengajian perubatan di sana tidak mengenakan bayaran. Sesiapa mahu jadi doktor pergi ke sana. Belajar doktor melalui bahasa Chez. Pokoknya, habis pengajian jadi doktor juga bukan keluar jadi lembu. lihat kesungguhan negara eropah timur seperti Republik Chez bersungguh-sungguh memartabatkan bahasanya.

Kedudukan bahasa melayu? tidak perlu bandingkan dengan bahasa inggeris, tidak pergi jauh sehingga ke Republik Chez. Bandingkan dengan negara jiran Indonesia. Kedudukan bahasa melayu berdasarkan sumber ilmiah di enjin pencari internet telah jauh kebelakang berbanding bahasa Indonesia. Lihat saja buku-buku manual berkenaan dengan barang elektrik, bahasa indonesia mesti ada. Lebih mudah lagi lihat sahaja di telefon bimbit, berkenaan penggunaan bahasa.

7 Mac, rakyat perlu jerit. Bagaimana negara ini mahu mencapai status negara maju dalam agenda wawasan 2020. Untuk maju, golongan bangsa itu jangan sesekali meninggalkan bahasanya. Dalam dunia ini, tiada satupun negara itu maju disebabkan berbudi dengan bahasa asing.

Jika dari sekarang rejim UMNO/BN berdegil bodoh meneruskan dasar PPSMI ini, maka pada tahun 2020 nanti berkubur lah bahasa melayu bersama-sama dengan Mahathir di dalam kubur.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template