Tuesday, February 24, 2009

tukar tilam lama kasi tilam baru

OLEH KERETABURUK




Fahami dahulu. Riba adalah unsur ekonomi yang diguna pakai oleh yahudi. Dalam bisnes, haram jika seseorang yahudi itu tidak kenakan riba keatas orang bukan yahudi.

Malaysia salah sebuah negara kapitalis yang melaksanakan hukum bisnes yahudi ini.

Ekonomi malaysia sakit. Industri kereta negara sakit tenat. MPV pertama negara pula terbit dikala ekonomi dunia sakit. Ekonomi sakit, para pembesar UMNO/BN jatuh sakit.

Kurangkan sakit, kerajaan melancarkan kempen tukar kereta lama dengan kereta baru. Ada insentif RM5000.

Serupa kempen tokey cina, tukar tilam lama kasi tilam baru.

Tindakan kerajaan itu dengan harapan dapat mengurangkan sakit industri kereta negara di kala terbitnya MPV pertama negara. Di kala ekonomi sakit, rakyat digalakkan berbelanja. Berhutang. Riba berluasa.

Wakil Jualan Proton Edar (Peda) meminta kerajaan mewujudkan sistem penilaian kereta terpakai kerana hasil jualan kereta akan menurun.

Sistem macam mana? bukankan sistem kapitalis ini menyebabkan rakyat dipaksa tukar kereta dan beli kereta baru apabila kereta lama sudah sampai tempoh masanya seperti jangka hayat 15 tahun.

Paksa - beli - jual = (rakyat susah)(kroni kaya)

Ada sistem begini, bagaimana kualiti kereta nasional? mereka tidak perlu fikir soal kualiti. Kereta tetap tukar setiap 15 tahun. Buat apa kualiti. Membazir.

Tiada individu mahu berhutang sepanjang hayatnya. Tiap bulan pergi bank, bayar hutang sepanjang hayat. Ini kerja membazir. Buang masa, buang duit minyak pergi bank, buang tenaga, riba riba dan riba. Rakyat tetap juga susah.

Tindakan mewajibkan rakyat menukarkan kereta apabila sampainya usia 15 tahun adalah tindakan melampau.

Nak untung cepat, sistem macam ini adalah bagus. Tiada unsur paksaan, kereta tak boleh jual.

Macam kilang buat senjata. Tiada peperangan, peluru tak boleh jual. Tak boleh jual, kilang boleh tutup. Nak jual peluru, wujudkan medan perang di mana2 muka bumi ini. Peluru pasti boleh dijual.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template