Wednesday, February 11, 2009

Tarif Elektrik mahu diturunkan



Oleh Tempe Goreng

Tarif elektrik mahu diturunkan. Mungkin sebahagian dari rakyat tidak melihat ini sebagai satu isu dan perkara yang mustahak. sementelahan lagi pada waktu ini banyak perkara dan peristiwa yan berlaku berkaitan dengan kuasa politik atau pergolakan politik yang melanda di Negeri Perak. Isu kenaikan minyak telah memberi impak yang cukup besar jurangnya dalam urusniaga pasaran minyak di Malaysia. Ketika itu harga minyak naik secara kasarnya 30-40% yang mana secara kasarnya wang perbelanjaan bagi kos bahanapi meningkat secara mendadak lebih dari sepertiga perbelanjaan bulanan setiap isi rumah. Kenaikan minyak itu pada dasarnya mempengaruhi kenaikan kos bahanapi gandingannya iaitu gas. Gas digunakan sebagai bahapai memasak dikebanyakan rumah di Malaysia ini.

Baru-baru ini juga diumumkan pula penurunan kadar tarif elektrik di seluruh negara. Menteri Tenaga, Air dan telekomunikasi Malaysia iaitu Dato` Shaziman ABu Mansor menyatakan trend penurunan harga minya dipasaran dunia juga harga minyak yang stabil patut diturunkan harga gas ini yang sebekumnya berlakunya kenaikan. Kenaikan ini memang menjejas pengguna domestik yang memang pasaran besar dan kegunaan industri juga stesen IPP/penjanan bebas swasta diseluruh negara. Dalam pada pengumuman itu terdapat ketidakadilan dimana pengguna kalangan industri dan IPP sahaja mendapat rebet dan penurunan tarif yang menguntungkan. Pengguna domestik atau rakyat kebanyakan terpaksa mencatu dan membayar kos yang lebih mahal berbanding kos dibayar oleh sektor industri juga IPP swasta.

Kerisauan rakyat ialah kenaikan kos ekonomi pada waktu ini membebankan pulangan kewangan mereka setiap bulan. Apakah Datuk Menteri Shaziman ABu Mansor yang baru dalam kabinet belajar dari kesilapan lalu pemimpin Umno dan BN yang tersilap dan membuat kesilapan. Pokok pangkalnya harga memang sepatut boleh diturunkan dengan segera dan sewajarnya berdasarkan petunjuk trend penurunan harga minyak dipasaran dunia sekarang. Kelambatan kerajaan menurunkan harga bukti keberkesanan ambil tindakan yang lemah oleh kerajaaan UMno. Kepantasan dalam kenaikan minyak dipasaran domestik negara adalah bukti pemimpin Umno cepat dan mampu melakukan tugas dan membuat untung atas kepayahan dan penat jerih rakyat.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template