Thursday, February 5, 2009

Tahi sudah dibersihkan tapi baunya tetap ada

OLEH KERETABURUK

Ideologi politik ini sudah mula dibentuk pada usia remaja lagi. Ideologi politik ini, sama ada PAS, UMNO atau PKR dipengaruhi faktor2 sekeliling seperti keluarga. Saya masih ingat, semasa berada dibangku sekolah rendah, idealogi politik sudah wujud.

Buktinya, pada ketika itu dalam kelas, saya dapat dilihat lakaran-lakaran conteng di dinding atau di meja berkenaan parti (ketika itu senior2 saya banyak conteng bendera PAS dan S46).

Jika ideologi politik ini sudah disemai sejak mula lagi, sukar untuknya beralih pandangannya ke ideologi lain. Boleh dianggap tingkah laku yang sukar diubah.

Politik adalah satu tingkah laku sementara, CONTOHNYA jika seseorang itu idealoginya dari dulu lagi idealogi politik UMNO, sehingga dewasa, idealoginya UMNO dah sebati, orang pembangkang panggil 'karat UMNO', dan ditakdirkan sampai suatu masa seseorang itu join PKR, ingat, tiada jaminan bahawa orang itu setia pada PKR.

Bahasa mudah faham, jika seseorang itu sudah lama bergelumang dalam takung najis, kemudian dibasuh dengan clorox sekalipun, baunya masih ada. Orang2 PKR banyak terdiri daripada sepihan UMNO, berhati-hati lah. Bau masih melekat. Adun Behrang dan Changkat Jering sebagai pengajaran kepada kita semua.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template