Monday, February 23, 2009

Pukul canang sudah bermula dari sekarang

Oleh Tempe Goreng

Saya berbual dengan seorang rakan yang berasal dari Perak iaitu negeri yang dahulunya amat kaya dengan hasil bijih timah setaraf dengan negeri Selangor. Sebagai sebuah negeri yang memiliki hasil bumi sebegitu rupa kemajuan dan kepesatan pembangunan adalah amat kompetitif dan progresif sekali. Rakan saya ini berasa hiba katanya. Hiba kerana ada beberapa suku sakat Orang Melayu yang sanggup menderhaka atau membantah keputusan Sultan Azlan Sultan Perak sekarang ini. Dari beberapa sudut yang lain menurut rakan saya ini kebimbangan Sultan Perak adalah kerana kerajaan PR sewaktu itu didominasi oleh DAP yang majoritinya dipelopori oleh kaum tionghua dan India. Selain itu menurut beliau terdapat banyak dasar yang menguntungkan kaum bukan bumiputera atau Melayu dalam sisten pemerintahan Kerajaan PR Perak. Tambah beliau lagi perlu kembali kepada ayat dalam Quran yang mengatakan taatlah kepada Allah, Patuhlah kepada perintah rasul dan juga patuhilah pemerintah termasuklah sultan. PKR pun masih belum lahir lagi ketika itu.

Bagaimana mungkin UMNO dan BN boleh dikatakan membela raja dan sultan. Sedangkan kepimpinan UMNO dan BN sering sahaja bercakaran dalam hal isu kaum. Masjid diruntuh, kuil diruntuh, kawasan penempatan masyarakat miskin dirampas secara halal, undang-undang Islam tidak ditadbir dengan begitu baik, Islam gagal diperkembangkan secara optimum, rasuah menjadi darah daging dan sultan tidak diambil berat secara baik dan sepatutnya. Lihat kes seorang sultan di Selatan Tanahair dimana Tun Dr M sendiri merasa keperluan raja atau sultan dibataskan dengan kekebalan raja atau sultan untuk tidak didakwa di mahkamah dihapuskan. Kuasa sebagai seorang raja atau sultan dihadkan kepada perkara-perkara hanya melibatkan hal ehwal agama dan menjaga adat istiadat Orang Melayu sahaja.

Raja atau sultan itu menjadi lambang kepada Orang Melayu kah?
Sejauh manakah ketepatan ini dalam memberi erti raja atau sultan itu begitu dekat dengan Orang Melayu?

Sesetengah dari kita lantang dan sering melempar tohmah yang raja patut dipertahankan walau apa cara sekalipun. Bak kata biar mati anak jangan mati adat. Kalau saya takperlah tak ikut adat tu jangan sampai abai agama kita. itu paling penting solat dan ibadat. Sultan sebagai ulul amri atau golongan pemerintah / khalifah wakil Allah kah?
Mungkin ia tapi peranan raja atau sultan dalam negara Malaysia ini sangat jelas agak terbatas dan terhad sekali kuasanya. Hanya mengikut nasihat dan rasional dari kepimpinan yang dominan sahaja.

Pada pemikiran saya Sultan atau raja atau pemerintah sistem beraja di negara Malaysia ini amatlah utuh. Utuh kerana sistem amalan beraja tidak lagi menjadi kuasa monarki atau dominan dalam membuat keputusan. Sultan hanya berperanan dalam ruang lingkup kuasa yang agak kecil dan terhad atau terbatas. Sultan tidak dapat memainkan peranan yang besar dalam membuat sebarang perubahan yang optimum. Dalam hal peralihan kuasa baru-baru ini modus operandi ala rampas kuasa gestapo yang agak terancang secara sabotj menjatuh kerajaan yang dipilih sah oleh rakyat. Sultan mengambil kira sebagai satu bahagian dalam rukunegara kita yang telah menjadi satu boneka. Ia dibonekakan dengan sistem demokrasi dan pembatasan kuasa oleh Barisan Nasional dan Umno sendiri. PR masih tidak lahir lagi dan PAS, DAP dan selainnya berdiri sebagai parti yang mempertahan hak rakyat semata-mata tanpa pun menafikan kewujudan kuasa sistem beraja.

Wakil Allah dimuka bumi ini pastinya menjadi lebih baik dalam hal melindungi Islam dan perkara dakwah Islam. Setujukah?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template