Wednesday, February 11, 2009

Pergolakan politik di Perak



Oleh Tempe Goreng

Rakyat di Perak menjadi mangsa pada kali ini. Kuasa pemerintahan bertukar dalam tempoh kurang setahun. Ditambah lagi pemerintahan kerajaan PR ditunjangi PAS, DAP dan PKR hanya mampu bertahan selama 11 bulan. Sokongan secara majoriti mudah kelebihan hanya sebanyak 3 adun sahaja. Tidak lama selepas PR ditabalkan sebagai kerajaan baru Perak mengenepikan kerajaan sediakala UMNO pimpinan Tajol Rosli kes rasuah cuba dikaitan dengan 2 orang exco dalam kerajaan PR. Dalang yang cuba menjatuhkan kekuatan kerajaan PR ini dapat dibaca dan ditelah jika kita teliti dengan senario politik di Malaysia ini.

Secara umunmya, kemenangan PR menguasai Perak selepas PRU ke 12 menggambarkan rakyat di Perak memberikan gambaran mereka kurang selesa, merasa tidak gembira dan merasa ingin membuat perubahan ruang lingkup keseluruhannya. Lantas PRU ke 12 menyatakan sebetulnya akan hasrat rakyat di Perak selain beberapa negeri lagi. Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak yang pada ketika itu sekadar merasa terpana dan terkesima. Tidak sangka legasi pemerintahannya setakat pru 11 sahaja. Beliau dilaporkan tidak bertemu media untuk tempoh 2 minggu dan pejabat kerajaan negeri serta kediaman rasmi menter besar tidak diberi laluan sewajarnya kepada kerajaan PR pada ketika itu.

Perbandingan semasa pertukaran kerajaan kerana kekalahan majoriti mudah UMNO dengan pertukaran kerajaan kerana komplot dan percaturan politik hasil lompat parti / lari dari medan perang yang berlaku dalam kerajaan PR ialah tempoh masa dan kaedah pertukaran itu.

Masa iaitu bila mana UMNO/ BN tumpas di Perak, rakan-rakan pembangkang PR tidak menggunakan balaci atau polis untuk mengambil alih pejabat kerajaan negeri dan lain-lain lagi. Hampir 1-3 minggu lamanya barulah penyerahan beberapa perkara dapat dilakukan dengan sewajarnya. Sekarang, selepas berhasil mempengaruhi adun-adun hampeh dari PKR dengan wang berjuta-juta dan tawaran yang menarik tidak sampai seminggu. Diulangi tidak sampai seminggu pun. Hanya sehari sahaja atau 24 jam macam orang kena berhenti kerjalah 24 jam notis. Nampak ke semangat demokrasi dan ikut perlembagaannya. Yang diwar-warkan di dada akhbar proksi BN dan media elektronik pro kerajaan hanyalah jangan ingkar arahan Sultan, PR dah kalah kalahlah, PR semakin tak betul dan sebagainya lagi. Ini kenyataan menggila yang memperlekeh dan menghina kerajaan PR yang berusia baru 11 bulan. Sungguh tidak adil membanding jika mahu membanding dengan BN dan UMNO yang sudah terlalu tua memerintah. Masa yang secukupnya perlu diberi kepada PR bagi memberi peluang mereka membela diri dan mencari dan menyelesai permasalahan pemerintahan mereka. Apa yang dilakukan oleh Najib selaku Pemangku pengerusi UMNO Perak pada ketika ini memberi lebih kacau bilau kerana hasrat beliau sendiri mahu melakukan perubahan yang retorik dan drastik terhadap kerajaan PR. Kalau pun mahu Perak ditadbir oleh UMno dan BN atas dasar sekarang ini kerajaan PR didominasi oleh Adun keturunan DAP / Tionghua. Ada perumpamaan yang mengena kepada UMNO iaitu jika adab memasuki rumah orang perlu beri salam dan tunggu tuan rumah mempelawa masuk ke dalam. Namun di Perak UMNO ingin masuk ke rumah tanpa beri salam dan main masuk tanpa ada pelawaan dari tuan rumah.

Cara atau kaedah Demokrasi berparlimen dan beraja itukan sistem pemerintahan dan pemilihan di negara ini. Makanya, pemilihan yang sepatutnya mesti berdasarkan yang pertama kepada kuasa memilih oleh rakyat, parlimen dan akhir sekali oleh perkenan raja. Sepatutnya dalam pertelagahan dan kemelut pergolakan ini diselesaikan melalui rundingan yang win-win situation dengan cara membuat undi tak percaya di Dewan Persidangan Adun atau pembubaran Dewan Adun dan dibuat pemilihan semula di Negeri Perak. Bukan dengan cara memujuk adun PR melompat parti, mempengaruhi sultan, melantik MB baru dan mengadakan majlis perlantikan dengan segera. Ini soal kuasa pemerintahan bukan ditentukan oleh Sultan / raja semata-mata. Ini kerana soal kuasa yang dimuktamadkan melalui undi pilihanraya. Raja dan sultan di Malaysia sejak beberapa tahun di bawah kepimpinan kerajaan UMNO dan Tun Mahathir telah pun dikurangkan kuasa dan dilucutkan kekebalan dari dihadapkan ke mahkamah jika disyaki bersalah.Soal PR tidak hormat raja tidak timbul kerana Dato` Nizar Jamaluddin mempertahan dan sedaya upaya mahu mendapatkaa haknya sebagai MB sebelum ini. Kuasa yang menentu sepatutnya di tangan rakyat.

Kuasa penentu kuasa tampuk pemerintahan diPerak sebenarnya bukan ditangan raja/ sultan tetapi di atas kuasa pemilihan rakyat. Kalau itu pun tidak dapat dilakukan kerana alasan bajet dan perbelanjaan yang tinggi untuk dijayakan oleh kenyataan SPR sebelum ini sepatutnya Undi tidak percaya adalah lebih baik dari sekadar melantik suka hati bagi memberi keberterusan kepada Umno yang semakin jumud dan lapuk.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Hari-hari rakyat susah 2.0 Copyright © sejak 2007 Hari-hari rakyat susah 2.0 Keretaburuk/Tempe Goreng Blogger Template